Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 16 August 2011

Syawal Selepas Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ke 16 kite semua berpuasa dan aku masih diberi peluang meneruskan amal ibadah di bulan yang pernuh keberkatan ni. Bermakna kite masih ade lagi 14 hari untuk berpuasa. Begitu cepat masa berlalu. Sepantas kilat, tanpa kita sedari. Bagi orang2 yang bertaqwa dan beriman, mereka pasti menantikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan menangisi pemergian bulan Ramadhan ini. Subhanallah, betapa indahnya Ramadhan. Datangmu dinanti-nantikan, pergimu ditangisi. Semoga kita semua masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan untuk tahun yang akan datang. InsyaALLAH.

Setelah perginya Ramadhan, datangnya Syawal, hari kemenangan bagi umat Islam yang berpuasa. Lazimnya, hari raya Aidilfitri amatlah dinantikan oleh seluruh umat Islam. Pada hari raya, seluruh kaum keluarga, sahabat handai, saudara-mara berkumpul bagi memeriahkan lagi hari yang penuh kebahagiaan itu. Semuanya segak dan cantik bergaya dengan baju baru, seolah-olah mengadakan pertunjukan fesyen. Berbagai juadah disediakan bagi meraikan hari raya dan menyambut tetamu yang bertandang ke rumah. Sudah menjadi adat kita sebagai Muslim ketika berhari raya, meminta maaf dan ampun di pagi raya sesama keluarga dan sesama insan. Adat itulah yang tidak pernah lekang dek zaman. Tetapi kita sepatutnya mempraktikkan sifat bermaaf-maafan di dalam kehidupan seharian kita bukan sekadar mengikut adat di bulan Syawal.

Aku jadikan abang aku, Azmi sebagai contoh. Setiap kali dia balik ke kampung (rumah kami di Kelantan), perkataan maaf dan ampun tak pernah lekang dari bibirnya. Aku selalu dengar dia mintak maaf dan ampun setiap kali jumpe dengan abah, mak dan seluruh keluarga even bile aku salam dengan dia, die pun mintak maaf dengan aku dan minta dihalalkan segala makan minum dia, isteri dan anak-anaknya. Kadang2 aku segan dengan dia tapi aku kagum dengan sifat soleh yang ada dalam dirinya. Jujur aku katakan, dia adalah abang yang banyak membimbing aku dan memperbetulkan aku ke jalan yang diberkati Ilahi. Sebagai contoh, dia banyak menasihatkan aku agar pandai menjaga diri, maruah, nama keluarga dan menjaga adab pemakaian. Aku menjadikan kakak ipar yang juga isterinya sebagai contoh wanita muslimah.

Sebenarnya, entry ini adalah bertujuan untuk menyedarkan dan mengingati diri aku sendiri dan sesama kita. Renungkanlah, di saat kita berhari raya bersama insan-insan yang tersayang, berbaju baru, cantik bergaya, pernah ke kita membayangkan bagaimana dengan umat Islam yang lain diluar sana yang tidak dapat berhari raya dengan keluarga dan insan-insan yang tersayang. Tanpa baju yang cantik, tanpa cantik bergaya? Mereka hanya menantikan belas kasihan dan ehsan dari insan lain untuk berhari raya. Sedarilah kita, walau sesusah mana keadaan yang kita hadapi, terdapat lagi insan-insan lain di luar sana yang lebih bernasib kurang baik dari kita.

Sekurang-kurangnya kita masih ada keluarga yang masih menyayangi kita. Masih ada peluang untuk berhari raya dengan berbaju baru, masih berpeluang menjamah hidangan yang lazat di pagi raya. Kita seharusnya bersyukur di atas kurniaanNya. Alhamdulillah Ya Allah. Aku bersyukur di atas kurniaanMu selama ni. Syawal sudah semakin hampir dengan kita. Ramadhan pula semakin menghilang. Marilah kita sama-sama memanfaatkan sisa -sisa bulan Ramadhan ini dengan penuh keimanan terutama di penghujung bulan yang penuh barakah ini, Semoga setiap amal ibadah yang kita laksanakan diberkati dan dterima Allah. InsyaAllah mudah-mudahan amin...

Semoga kita semua akan bertemu di bulan Syawal nanti. InsyaAllah :)


Wallahuaklam.



*tak sabar nak balik kampung Sabtu ni :)




No comments:

Post a Comment