Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 28 August 2011

Aku & Dia Dah Putus.


Bismillahirrahmanirrahim.

“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”
“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”
“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“lelaki?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

*Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur  alhamdulillah Ya Ilahi.
Semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Menyedarkan aku tentang bagaimana ingin menilai sebuah keikhlasan. Ia bukan mudah tapi dengan berbekalkan doa dan tawakal, Allah akan tunjukkan jalan yang mudah untuk kita. Percayalah. Aku bercakap berdasarkan pengalaman yang telah mengajar aku supaya berpada-pada dalam menyayangi seseorang yang belum lagi halal bagi aku. Setiap kali aku sujud padaNya aku tidak putus-putus berdoa agar diberikan petunjuk dalam meneruskan hidup yang penuh dengan ranjau liku berduri ni. Alhamdulillah, doa aku termakbul. Dalam 2 hari berturut-turut, Allah tunjukkan dengan jelas dan nyata segala kekeliruan yang bermain di kotak fikiran aku selama ni. Jujur, ia  membuatkan aku berhenti dari mengharap dan terus berharap pada 'sesuatu' yang memang tidak pernah menghargai kesetiaan dan ketulusan aku. Sekarang, aku biarkan pengalaman lepas berlalu.  Tapi aku tetap jadikannya sebagai satu pemangkin semangat aku di masa yang akan datang. Segala perasaan yang pernah bersarang dalam hati aku akan aku kikis sedikit demi sedikit demi menjaga hati yang satu ni. Yang penting sekarang, family,study and the most important thing is Our Creator, Allah S.W.T :)
Wallahuaklam. Selamat Malam :)

Thursday 18 August 2011

Bukan Hanya Aku.

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku menganggap dugaan yang diberikan adalah terlalu berat bagi aku. Aku menganggap hanya aku yang rase ape yang aku rasekan. Hakikatnya, masih ramai kaum Hawa di luar sana yang menghadapi dugaan yang sama seperti aku malah ada yang lebih berat. Allah berikan dugaan pada setiap manusia berbeza-beza untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan manusia tersebut padaNya. Bergantung pada seseorang manusia sama ada mereka kuat dalam menghadapi semuanya ataupun mereka lemah. Seharusnya kite tidak perlu menjadi lemah dengan segala bentuk dugaan dan cubaan yang diberikan pada kite kerana Allah takkan membebankan umatNya lebih dari kemampuan umatNya sendiri.
Kaum Hawa paling mudah dan kerap menangis serta bersedih dengan setiap sesuatu yang membuatnya terluka. Kebanyakan menganggap sifat wanita itu adalah tanda lemahnya mereka. Tapi hakikatnya, tanggapan itu tidak selalunya tepat. Mereka menangis kerana mereka cume melepaskan segala kesedihan dan kelukaan di hati mereka. Mereka tak terdaya menyimpan segalanya di dalam hati kerana kelak luka akan menjadi nanah di dalam hati mereka. Lebih baik dikeluarkan semuanya sebelum ia bertambah parah.
Aku juga kaum Hawa. Aku juga menangis dan sedih setiap kali ingatan kembali pada sesuatu yang buat aku terluka. Ia memang tak mampu dihalang lagi. Kerana aku. Mahupun semua manusia yang berpijak di atas muka bumi ini hanyalah manusia biasa. Perasaan sedih itu pasti ade dalam diri setiap insan kerana kite diciptakan oleh seorang pencipta. Aku sudah tak terdaya menangis dan bersedih kerana kisah lalu yang meragut kebahagiaan yang aku dambakan.Cukup-cukuplah.

Wallahuaklam.

*menangis airmata darah sekalipun, tiada apa yang dapat mengubahnya. Kecuali Dia.Bersabarlah hati.




To the GUYS, understand us – GIRLS.

When a GIRL is quiet,
Millions of thing are running in her mind.

When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply.

When a GIRL looks at you with eyes full of questions,
She is wondering how long you will be around.

When a GIRL answers ‘I am fine’ after a few seconds,
She is not at all fine.

When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying.

When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever.

When a GIRL calls u everyday,
She is seeking for your attention.

When a GIRL sms’s you everyday,
She wants you reply at least once.

When a GIRL says I Love You,
She is really means it.

When a GIRL says that she can’t live without you,
She has made up her mind that you are her future.

When a GIRL says ‘I Miss You’
No one in this world can miss you more than her.


*can u understand me? but who? 


'Buku Karangan' dari Dia.

Kosong. Kaku. Kebingungan. Kata Terkunci. Kaki berhenti melangkah. Ku terlihat sebuah buku karangan
Hati bagaimana? Ku gapai senaskhah buku karangan yang suci. Buku karangan yang sarat dengan isi penting. Ku buka, ku amati setiap patah perkataan dan ayat-ayat buku karangan itu. Ku baca, ku renungi. Ya Allah, betapa indahNya buku karangan MU..sehingga hatiku mampu tersenyum lagi.



* Biar aku tiada kau bernama lelaki dalam kamus hidup aku, tapi aku ada Dia. Dia selalu dengan aku. Susah senang, Dia jaga aku. Syukran Ya Ilahi <3




Buku Karangan dariNya :)



Tuesday 16 August 2011

Syawal Selepas Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ke 16 kite semua berpuasa dan aku masih diberi peluang meneruskan amal ibadah di bulan yang pernuh keberkatan ni. Bermakna kite masih ade lagi 14 hari untuk berpuasa. Begitu cepat masa berlalu. Sepantas kilat, tanpa kita sedari. Bagi orang2 yang bertaqwa dan beriman, mereka pasti menantikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan menangisi pemergian bulan Ramadhan ini. Subhanallah, betapa indahnya Ramadhan. Datangmu dinanti-nantikan, pergimu ditangisi. Semoga kita semua masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan untuk tahun yang akan datang. InsyaALLAH.

Setelah perginya Ramadhan, datangnya Syawal, hari kemenangan bagi umat Islam yang berpuasa. Lazimnya, hari raya Aidilfitri amatlah dinantikan oleh seluruh umat Islam. Pada hari raya, seluruh kaum keluarga, sahabat handai, saudara-mara berkumpul bagi memeriahkan lagi hari yang penuh kebahagiaan itu. Semuanya segak dan cantik bergaya dengan baju baru, seolah-olah mengadakan pertunjukan fesyen. Berbagai juadah disediakan bagi meraikan hari raya dan menyambut tetamu yang bertandang ke rumah. Sudah menjadi adat kita sebagai Muslim ketika berhari raya, meminta maaf dan ampun di pagi raya sesama keluarga dan sesama insan. Adat itulah yang tidak pernah lekang dek zaman. Tetapi kita sepatutnya mempraktikkan sifat bermaaf-maafan di dalam kehidupan seharian kita bukan sekadar mengikut adat di bulan Syawal.

Aku jadikan abang aku, Azmi sebagai contoh. Setiap kali dia balik ke kampung (rumah kami di Kelantan), perkataan maaf dan ampun tak pernah lekang dari bibirnya. Aku selalu dengar dia mintak maaf dan ampun setiap kali jumpe dengan abah, mak dan seluruh keluarga even bile aku salam dengan dia, die pun mintak maaf dengan aku dan minta dihalalkan segala makan minum dia, isteri dan anak-anaknya. Kadang2 aku segan dengan dia tapi aku kagum dengan sifat soleh yang ada dalam dirinya. Jujur aku katakan, dia adalah abang yang banyak membimbing aku dan memperbetulkan aku ke jalan yang diberkati Ilahi. Sebagai contoh, dia banyak menasihatkan aku agar pandai menjaga diri, maruah, nama keluarga dan menjaga adab pemakaian. Aku menjadikan kakak ipar yang juga isterinya sebagai contoh wanita muslimah.

Sebenarnya, entry ini adalah bertujuan untuk menyedarkan dan mengingati diri aku sendiri dan sesama kita. Renungkanlah, di saat kita berhari raya bersama insan-insan yang tersayang, berbaju baru, cantik bergaya, pernah ke kita membayangkan bagaimana dengan umat Islam yang lain diluar sana yang tidak dapat berhari raya dengan keluarga dan insan-insan yang tersayang. Tanpa baju yang cantik, tanpa cantik bergaya? Mereka hanya menantikan belas kasihan dan ehsan dari insan lain untuk berhari raya. Sedarilah kita, walau sesusah mana keadaan yang kita hadapi, terdapat lagi insan-insan lain di luar sana yang lebih bernasib kurang baik dari kita.

Sekurang-kurangnya kita masih ada keluarga yang masih menyayangi kita. Masih ada peluang untuk berhari raya dengan berbaju baru, masih berpeluang menjamah hidangan yang lazat di pagi raya. Kita seharusnya bersyukur di atas kurniaanNya. Alhamdulillah Ya Allah. Aku bersyukur di atas kurniaanMu selama ni. Syawal sudah semakin hampir dengan kita. Ramadhan pula semakin menghilang. Marilah kita sama-sama memanfaatkan sisa -sisa bulan Ramadhan ini dengan penuh keimanan terutama di penghujung bulan yang penuh barakah ini, Semoga setiap amal ibadah yang kita laksanakan diberkati dan dterima Allah. InsyaAllah mudah-mudahan amin...

Semoga kita semua akan bertemu di bulan Syawal nanti. InsyaAllah :)


Wallahuaklam.



*tak sabar nak balik kampung Sabtu ni :)




Monday 15 August 2011

You Are Not Me.

Bismillahirrahmanirrahim.


Pagi ni kat FB aku dapat mesej ni dari seseorang yang ade kaitan dengan Msyk a.k.a ex dan juga his future wife. pelik tak? penah jadi ex dan sekarang dah nak kawin.

'' Ive already know bot dat.. Paz iz paz dear.. Juz go thrgh wit new lif.everybody make miztake. Dont take seriously. I have been know him almoz 6year... No love, no pain.. Take care for ur a long journey..''


dan aku reply 


'' honesty is hurt but lies hurts more, sis. yes, past is past and there is nothing to be changed anymore. i've already know about you before this. i will pray for both of you. u deserved to have him because u know him very well than me. i hope he will be a better person in the future and will not repeat the same mistake anymore. i'm always remember what he said to me 'people comes and go, and the memories will be washed out by the time'...he let me go first, so i let him go too. assalamualaikum w.b.t'' 




* dear sis, u will never know what I feel right now because of what? because You are not Me and never being me. Yang memikul adalah saya, bukan akak. ye, akak lebih berhak memiliki dia sebab akak kenal die lagi lame dan kalian menyayangi antara satu sama lain. Biarlah apa yang terpendam dalam hati saya Allah saja yang tahu. Terima kasih sangat-sangat. Maafkan saya akak, saya masih belum dapat terima dan maafkan apa yang dia dah buat pada saya. Maaf. Semuanya memerlukan masa. Hati saya dah cukup sakit dengan apa yang dah jadi sebelum ni. Akak takkan dapat rase ape yang saya rase, kak.

Mungkin dah jodoh diorang, aku pasrah dan aku redha Ya Allah. Tiada apa yang dapat aku lakukan lagi selain mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Ya Allah, sakitnyaaaaaaaaaa :'(





Tiada Apa Yang Perlu Dikesali.

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiada apa yang perlu dikesali lagi. Cume kecewa, terkilan kerana apa yang telah terjadi. Kau datang tanpa diundang, kau pergi tanpa dipinta. Apa yang aku rase sekarang kau takkan pernah rasekannya, Msyk. Hanya aku dan hanya Allah saja yang tahu apa yang aku rase saat ni. Aku cume berdoa satu hari nanti Allah akan berikan kau petunjuk sepertimana Allah berikanku petunjuk tentang 'keikhlasan' kau sebenarnya selama ni. Alhamdullilah, doa aku siang dan malam tidak sia-sia malah Dia menguatkan aku dan menjadikan aku si gadis tabah menjadi lebih tabah. Alhamdulillah Syukran Ya Ilahi.
Bait-bait lagu ini mewakili hati aku yang telahpun retak kini hancur berkecai. 

biar sakit melanda hati, aku tetap mendoakan kebahagiaan kau. itulah bukti sayang aku pada kau, Msyk.


Sunday 14 August 2011

...........

Hancur. Bukan sekeping dua lagi. Tapi berkecai. Ibarat kaca yang terhempas ke lantai. Serpihan kaca berselerakan. Tapi kaca tidak berdarah. Hati aku? Berdarah di dalam hati. Sakit. Pedih. Walaupun fizikalku tak menzahirkannya. Tabah. Itulah diri aku. Tabahlah hati. Tiada kata dapat aku luahkan. Biar Allah saje yang tahu. 


*terima kasih awak. sebab dah pecahkan 'kaca' yang sudahpun retak. sekarang ia hancur. berkecai.




berkecainya kaca berkecai lagi hati aku.




Friday 12 August 2011

Menghitung Hari.

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah. Hari ni dah masuk hari ke sebelas kite semua berpuasa. Aku bersyukur kerana masih diberikan kudrat untuk meneruskan ibadah di bulan Ramadhan ni. Jika dihitung hari, aku ade lagi 7 hari sebelum balik kampung aka rumah ku yang dicintai. Aiii, tak sabar aku nak balik jumpe dengan family aku terutama si buah hati, pangeran jantung aku, Hariz Azfar Ukail merangkap fruit child aku. Bukan je die, but with all my lovely others 15 fruit childs hehe. Excited nak balik nihh. Timeeee, please move faster! Pleaseeee ! 

Aku cume ade lebih kurang seminggu je untuk berpuasa dengan family aku. Huhuhu. Sedihh tapi nak buat macamne kan, kerana tanggungjawab aku sebagai seorang yang bergelar pelajar, terpaksalaa berpisah dengan family untuk sementara waktu ni. Sabar leha, kau kan si gadis tabah.. Yaa, aku tabah. Tabah!! 
Balik je umah nanti, aku dah janji dengan mak dan adik2 aku nak pegi shopping bayu raye sesame. InsyaAllah kalau takde sebarang halangan. Rindu nak borak2 dengan mak, bergosippp (bende baik je tau) dengan adik2 dan kakja aku hehehe. Kalau kat umah, memang kitorang suke sangat duduk sembang2, pegi jalan2 sekitar bandar Kuala Menangis petang2 hehe.Wahhh, I realy miss the moments :')

Bile kat umah nanti, aku takkan sia-siakan even satu saat dengan family aku. Aku akan manfaatkan masa dengan family aku sebab aku tahu tak sampai sebulan, aku terpaksa berjauhan dengan mereka semua. Kerana ape? kerana tanggungjawab aku sebagai pelajar belum berakhir. Fuhhh, awal bulan 9 dah kene masuk kampus balik. Kampus baru pulakkk tuhh. Macamnelaa kehidupan aku kat tempat baru nanti agaknya..Hmm, apekah same dengan kampus sebelum ni..? Mungkin takk. Kampus sebelum ni banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit buat aku.
InsyaAllah, mungkin di kampus baru, dengan persekitaran yang baru, dengan kawan2 baru selain classmate dan roomates, dengan orang2 baru yang bakal aku jumpe, dengan pensyarah2 baru, dengan segalanya yang baru, aku harap aku dapat adapt dengan sebaik-baiknya. Aku ni sebenarnya jenis yang susah nak adapt dengan bende2 yang baru. All of this needed more time. 

Dengan segala kenangan2 manis aku sepanjang kat kampus lama, aku akan anggapnya sebagai satu lipatan sejarah dalam hidup aku. Aku takkan lupakannya sehingga ke hujung pernafasan aku. InsyaAllah. Bak kata pepatah 'people comes and go and the memories will be washed by the time'. Pepatah tu sebenarnya Msyk penah cakap kat aku dulu sebelum kitorang rapat. There was a reason why he said like that to me. Let it be as a secret between us :) 

In the nutshell, I won't never and ever forget every moments being there. Being there with all my classmates, all my lecturers and also being with you, Msyk :) Believe me. I always pray we will meet soon dengan izin Allah s.w.t

Okayylaaa, aku kene stop cni dulu. Dah masuk waktu zohor. Oh ya, selamat berjumaat pada semua. Penghulu segala hari,kan. Semoga kita semua diberkati dan dilindungi Ilahi sentiasa. Aminnn. 
Hayya Allasolahh~ 


Wallahuaklam.


Waiting for that time.

Thursday 11 August 2011

Ketika Kita.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ketika usaha kita dinilai tidak penting, saat itulah kita belajar tentang KEIKHLASAN. Ketika hati kita terluka sangat dalam, saat itulah kita belajar tentang MEMAAFKAN. Teruslah belajar dari pengalaman, kerana kita sedang menimba ILMU KEHIDUPAN. Allah SWT menaruh kita di tempat sekarang ini bukan karena kebetulan. Akan tetapi, DIA punya maksud yang TERINDAH untuk kita.


Thank You Allah :')

Sebaik-Baik Teman Sejati Adalah Buku.


Bismillahirrahmanirrahim.

Bak kata orang putih : Every cloud has a silver lining. Alhamdulillah. Selepas apa yang jadi padaku selama ni banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya dan aku dapat memuhasabah diri. Aku banyak mendekatkan diri pada diriNya. Aku banyakkan membaca buku-buku dan juga majalah yang berunsurkan motivasi dan juga keimanan. Walau apa jua isi dan kandungan buku yang terbaik dalam dunia ni takkan pernah menandingi Al-Quran Nul Karim(ayat-ayat Allah S.W.T). Setiap ayat-ayatNya memberikan makna yang tidak ternilai harganya. Dengan membaca Al-Quran, hati kita akan menjadi lebih tenang dan segala kesedihan, kegelisahan kita akan lenyap.
Aku ada membaca salah satu tajuk dalam buku yang terlaris di Malaysia, tak lain tak bukan La Tahzan (Jangan Bersedih) dari Dr ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni. Ia bertajuk SEBAIK-BAIK TEMAN SEJATI ADALAH BUKU (tajuk ke 74 muka surat 254-259).Hayatilah beberapa faedah membaca dan menelaah.


Faedah Membaca Dan Menelaah

     Mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan
     Menghindarkan seseorang agar tidak tenggelam dalam perkara-perkara yang batil
     Menjauhkan kemungkinan seseorang untuk berhubungan dengan orang yang mengganggur dan tidak memiliki aktiviti
     Melatih lidah untuk berbicara dengan  menjauhkan kesalahan dalam ucapan dan menghiasinya dengan balaghah dan fasahah
     Mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani
  Meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingatan dan pemahaman
     Dapat mengambil faedah dari beberapa orang yang bijak dan fatwa hokum para ulama
     Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan memproses pengetahuan, untuk mempelajari bidang-bidang pengetahuan yang berbeza dan penerapannya dalam kehidupan yang nyata
     Meningkatkan keimanan khususnya ketika membaca buku-buku karangan kaum muslimin. Sebab buku merupakan pemberi nasihat yang paling agung merupakan pendorong jiwa yang paling besar dan merupakan penyuruh kepada kebaikan yang paling bijaksana.
     Membantu fikiran agar lebih tenang membuat hati agar lebih terarah dan memanfaatkan waktu agar tidak terbaring secara percuma.
     Dapat mengasah pemahaman kita terhadap makna suatu kala, mencapai pemahaman terhadap material secara utuh, memahami maksud ungkapan tertentu, mencerna dalil dalam kalimat dan mengetahui rahsia-rahsia hikmah


''Buku adalah teman yang tidak akan memujimu secara berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu dan  teman yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah teman yang sangat toleran yang tidak akan mengusirmu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu dan dia adalah teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda miliki. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafikan dan tidak akan membuat kebohongan.’’



Wallahuaklam.


Rabu Malam Pagi Khamis.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah..Akhirnyaaa terlaksana sudah kerja2 yangg tergendala sebelum ni. Barulah aku boleh tarik nafas lega tapi masih belum sempurna selagi aku tak hantar kerja aku tu pada supervisor aku. Tapi at last, dapat jugakk aku siapkan. And I pray for the better result. InsyaAllah aminn. Okayy. Nape tajuk entry aku rabu malam dan pagi khamis? Sebab takdee tajuk yangg sesuai so aku tulis jelaa hehe. Actually, rabu malam pagi khamis a.k.a hari ni aku penat sangatt. Dari semalam sampai sekarangg aku belum lagi dapat lelapkan mata aku. Ni laa gara2 menyiapkan tugasan2 yangg tergendala. Itulahhh leha, sape suruh kau buat keje last minute, kan dah kene, rasekan. Erkkk. =.='

Padan muka aku kutuk diri sendiri, itu lebih baik dari kutuk orangg lain kan? Menambahkan dosa je. Petangg semalam, aku ade exam utk student praktikal kat ofis (tempat aku praktikal), supposenya aku kene ambik esok(pagi ni) tapi disebabkan terlalu excited nak menjawabnya, aku mintak dengan supervisor nak terus ambik. Bersemangatkan aku? Alhamdulillah, bolehlaa jawab semua soalan dari tak boleh langsungg. Soalan yg supervisor bg pun takdelaa susah sangat. Mostly soalan yang keluar mmg bende yang dah aku belaja kat cni tapi there was a few things which make me really confused but i've done my best. I pray for getting pass with flying colours. InsyaAllah. amin..

Sebenarnya, aku sengaja ambik lebih awal sehari sebab aku taknak menangguhkan masa. Lagipun, ambik exam semalam atau hari ini tetap sama,kan. Aku lebih suka habiskan awal dari dok peningg2 pk sal exam tuh. Lagi satu sebab, aku dah tak saba nak balik umah hehe. Jujurlaa, hati aku bukan lagi kat cni. cume jasad je. Hati aku dah kat umah. Tak sampai 10 hari lagi aku akan balik. Memang excited bile pk dah nak abis praktikal ni haaa. huhuhu. Rindu family tahap agunggg dah ;DD

Okayy, next. rabu malam semalam lepas aku solat Maghrib, baca Quran, aku sempatlaa tetido kejap,take a nap laa. Bangun2 dah pukul 9 lebih. Bangun2 terus mengadap depan lappy buat tugasan2 tu. Sakit mata, sakit belakang sebab lama sangat mengadap lappy nih. Sampai ke sahur dan sampai sekarangg aku belum tido lagi. Memang mengantuk sesangat tapi aku tetap gigih nak siapkan tugasan tu dan nak update blog ni hehe. Semalam jugakk, mase aku online FB, aku nampak Msyk online. Aku hepi bile nampak die online. At least aku tahu die sihat. Tapi die ade post yang die sakit dada. Aku terus PM die tanye die sihat ke tak. Die cume cakap otot dada die sakit sebab main kat gym tadi. Aku terus ckp kat die, puasa2 pun still nak pegi gym, haiyaa. Awak ni memang degil kan. Still nak jugakk jage badan tuhh. Sanggup diet untuk kuruskan badan. Saya tahu awak nak jage kesihatan dengan cara yang macam tu, tapi janganlah terlampau taksub yunk oiiiii.

Actually, he is a body builder hehe. Aku ingat lagi mase aku mula2 kenal die, I never thought that he is a body builder beb hehe. Bile classmate aku ckp yangg diorangg penah nampak die tukar baju kitchen dan diorangg ternampak body die yang berketul-ketul tu. Apelahh korangg ni haha. Pakai baju, takpelahh. Aku memang tak suke die dari awal2 aku jumpe die at the 1st sight sebab aku memang tak suke lelaki yangg bertubuh sasa ni tambah2 yangg berketul2 tuhh, geli laaa. hahaha. Tapi, tup2, sape yanggg terjerat? Aku jugakk kan ;D

Sape yangg jatuh cinta dengan aku? Die jugakk kan. Tak sangka body builder suka kat aku yangg kecik nihh hehe. Macam orangg tua penah cakap, jangan terlalu bencikan sesuatu nanti akan jadi sesuatu yangg paling kita sayangg dan jangan terlalu sayangkan sesuatu sebab satu hari nanti ia akan jadi sesuatu yangg palingg kite benci. So it was proved now right? Awal2 bukan main lagi aku tak sukekan die sebab die bertubuh sasa, last2 aku yangg tersangkut dengan die. Itu namanya takdir :)

Takdir Allah telah melahirkan rasa kasih sayang dan cinta antara kita selama ni dan takdir Allah juga telah menjarakkan hubungan kita. Walau apa yang terjadi, hati ini tetap milikmu Msyk. No one can replace you. Siang malam dan setiap hari aku berdoa agar Allah pertemukan kite kembali dan Allah menyatukan kite kembali. Jika bukan sekarang, mungkin pada masa yang akan datangg, InsyaAllah aminn. Aku akan tunggu kau sampai aku diberi kudrat dari Ilahi.

Okayy laa, I think I should stop here. Mata dah tak larat nak bukak dah ni. Bantal dari tadi memanggil2 nama aku hehe. Sebelum tu, a very good morning to all of you. Pagi2 pun tido lagi ke? Apelah aku ni. Takpe, kejap je. Take a nap before starting a good day. Nak restkan otak dan mata kejap sebelum meneruskan tanggungjawab sebagai trainee. Semoga Allah memberkati setiap amal ibadah kite dan kite semua sentiasa dirahmatiNya insyaAllah aminn.

Mulakan hari mu dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim. InsyaAllah semuanya akan menjadi mudah.
Assalamualaikum :)

Wallahuaklam.


*Selamat Pagi to Msyk. ILYSM & IMYSM :)


Wednesday 10 August 2011

Bait Lirik Mewakili Diriku.

PERPISAHAN INI.

Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa dihati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Dulu kita satu jiwa, satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biarku sendiri

=.='



Itu Namanya Takdir.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Sekadar renungan dan ingatan pada diri sendiri dan semua pembaca.

Kadang-kadang kita merasa sedih atas ape yang hilang dari genggaman kite kerana kite tahu ia takkan jadi hak milik kite lagi. Kite menangis, kite menatap balik ape yang bukan milik kite. Sepatutnye kite harus sedar yang kita takkan sesekali dapat semua yang kite nak. Kerana Allah itu Maha Adil. Kadang-kadang Dia berikan sesuatu yang tidak kite perlukan kerana Allah pasti akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Sedarilah hakikat, yang baik bagi kita adalah sebenarnya bukan yang sebaik-baik bagi Dia. Dan seburuk-buruk bagi kita sebenarnya  adalah yang terbaik dariNya. Kite tak boleh menafikan hak Yang Maha Berkuasa. Kite manusia biasa, hanya mampu merancang tapi yang menentukan semuanya hanya Yang Di Atas sana.
Takdir. Itu yang sudah tertulis. Tak mampu untuk kite menghalang segala takdir yang telah Dia tentukan. Takdir hidup mengajar kite untuk belajar menerima segala dugaan yang Dia berikan. Apa yang diberi membawa hikmah pada kita. Cuma kite yang membutakan mata hati untuk melihat hikmah yang tersembunyi tu. Kite terlalu alpa, dek kerana sedih dan sukar menerima takdir, kite lupe yang Allah itu masih ada. Allah tu ade di mana-mana. Allah Maha Melihat dan Maha Segalanya. Allah tidak pernah membebankan umatNya dengan dugaan yang melebihi kemampuan umatNya dlm menghadapi dugaan tersebut. Allah berikan dugaan kerana Allah ingin melihat sejauh mana keimanan dan ketakwaan kite padaNya. Die ingin melihat kekuatan kite dan dugaan itu sebenarnya yang menguatkan kite untuk menghadapi masa-masa yang akan datang.
Percayalah, setiap yang terjadi punya hikmah yang sebaliknya yang tiada siapa tahu kecuali Dia. Mungkin hikmah yang tersembunyi belum dapat kite selami tapi InsyaAllah satu hari nanti, pasti. Aku menulis kerana pengalaman. Pengalaman lalu banyak mengajar aku tentang takdir dan ketentuan Ilahi. Aku pun seperti hamba-hamba Allah yang lain, tatkala kisah lalu menghambat memori, airmata dan kesedihan memang tak mampu diselindung lagi. Tapi aku percaya tangisan itu boleh meringankan beban yang terkurung dalam hati. Menangislah sepuas-puas hati untuk meluahkan segala rasa di dalam hati tetapi INGAT! Jangan sehingga memudaratkan diri. Maksudnya, membuatkan kite lupe yang Allah itu masih mendengar. Menangislah dan berdoalah padaNya, agar diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala bentuk dugaan yang diberi. Sentiasalah ingat padaNya insyaAllah Dia akan mengingati kite.
Aku percaya pada takdir Allah s.w.t yang menemukan kebahagiaan dan takdir Allah s.w.t juga yang memisahkan kebahagiaan itu dari kite. Kerana Allah Maha Menentukan Segalanya. Kite cume manusia biasa, semua yang diberi cumalah pinjaman untuk seketika. Yang kekal, cume di akhirat sana. Tiada yang kekal dalam dunia ni kecuali Yang Maha Esa. Kasih sayang antara manusia hanya sekadar  angin lalu yang datang dan pergi. Setelah jasad berpisah dari roh, kasih sayang yang kekal abadi hanya kasih sayang manusia pada Allah, dan RasulNya..
Belajarlah menerima setiap suratan takdir. Jika diri kite lemah, mohonlah padaNya agar diberikan kekuatan agar lebih kuat dan tabah dalam menerimanya. InsyaAllah, Allah akan sentiasa mendengar rintihan insan yang sering mengingatiNya. Redha dan ikhlaskanlah dengan semuanya. Itu sebaik-baik syukur.Yang baik semuanya hanya datang dari Allah s.wt, yang sebaliknya datang dari diri kite sendiri.

*Allah S.W.T pernah berfirman :….Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar : 10)

Wallahuaklam.


Don’t let the pain of the past continue to hurt you and prevent you from being a better person, the actual pain is gone…it’s the thought that is hurting you now.

Here They Are.

I wish I had someone special
Right here by my side,
A true and wonderful friend
In my world so empty and wide.
Someone caring that I can count on,
In my miseries and my troubles
I can rely and depend upon.
I wish I had a true friend,
Who is always here with me,
Right until my very last breath,
Till the end for all eternity.

*Thanks to Allah. I already have 3 of them. My friends. No. My Truly Duly Best Friends.