Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 18 August 2011

Bukan Hanya Aku.

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku menganggap dugaan yang diberikan adalah terlalu berat bagi aku. Aku menganggap hanya aku yang rase ape yang aku rasekan. Hakikatnya, masih ramai kaum Hawa di luar sana yang menghadapi dugaan yang sama seperti aku malah ada yang lebih berat. Allah berikan dugaan pada setiap manusia berbeza-beza untuk menguji tahap keimanan dan ketakwaan manusia tersebut padaNya. Bergantung pada seseorang manusia sama ada mereka kuat dalam menghadapi semuanya ataupun mereka lemah. Seharusnya kite tidak perlu menjadi lemah dengan segala bentuk dugaan dan cubaan yang diberikan pada kite kerana Allah takkan membebankan umatNya lebih dari kemampuan umatNya sendiri.
Kaum Hawa paling mudah dan kerap menangis serta bersedih dengan setiap sesuatu yang membuatnya terluka. Kebanyakan menganggap sifat wanita itu adalah tanda lemahnya mereka. Tapi hakikatnya, tanggapan itu tidak selalunya tepat. Mereka menangis kerana mereka cume melepaskan segala kesedihan dan kelukaan di hati mereka. Mereka tak terdaya menyimpan segalanya di dalam hati kerana kelak luka akan menjadi nanah di dalam hati mereka. Lebih baik dikeluarkan semuanya sebelum ia bertambah parah.
Aku juga kaum Hawa. Aku juga menangis dan sedih setiap kali ingatan kembali pada sesuatu yang buat aku terluka. Ia memang tak mampu dihalang lagi. Kerana aku. Mahupun semua manusia yang berpijak di atas muka bumi ini hanyalah manusia biasa. Perasaan sedih itu pasti ade dalam diri setiap insan kerana kite diciptakan oleh seorang pencipta. Aku sudah tak terdaya menangis dan bersedih kerana kisah lalu yang meragut kebahagiaan yang aku dambakan.Cukup-cukuplah.

Wallahuaklam.

*menangis airmata darah sekalipun, tiada apa yang dapat mengubahnya. Kecuali Dia.Bersabarlah hati.




No comments:

Post a Comment