Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 31 December 2011

Penutup 2011 - Last Entry for this year !

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, akhirnya tirai tahun 2011 telah hampir ditutup rapat. Just left a few hours for us to say goodbye to this year, 2011.Setelah di'flashback' balik semua yang dah jadi dalam tahun ni, aku dapat simpulkan, sebagai manusia dan khalifah Allah di atas muka bumi ni, kite takkan pernah dapat lari dari dugaan dariNya. Setiap hari, setiap detik Allah menguji umatNya dengan berbagai-bagai dugaan. Setiap insan diuji dengan dugaan masing2, ape yang bezanya bentuk dugaan tu sebenarnya. Dugaan yang diberikan setimpal dengan kemampuan seseorang tu untuk hadapinya. Betapa adilnya Allah s.w.t pada umatNya kan? Aku juga tak lari dari pelbagai dugaan untuk tahun ni. Kalau ingin diceritakan dari awal, memang sampai esok pun tak habis. Tapi ade jugak aku ceritakan sedikit sebanyak dalam blog ni. Aku mula ade blog ni pun sebab aku nak kongsi cerita dan kisah hidup aku yang boleh dijadikan iktibar dan peringatan pada diri aku sendiri. 

Bukan menyalahkan takdir dengan dugaan yang diberi, sekadar memuhasabah diri aku agar lebih tabah dalam mengharungi setiap dugaan yang aku tempuhi. Orang mungkin nampak senyuman aku, nampak kebahagiaan luaran aku tapi tak semua orang mampu selami perasaan aku, ape yang aku rase, ape yang aku pendamkan selama ni. Hanya Allah yang tahu segalanya dan keluarga yang sentiasa ada disisi aku ketika aku lemah, sakit dan mereka juga adalah 'bahu' untuk aku tumpang menangis. Aku bersyukur pada Allah kerana Dia menguatkan semangat aku, Dia beri aku dugaan dan Dia beri aku kekuatan dan kemampuan untuk hadapi semuanya. 

Terima Kasih Allah. Terima Kasih sangat. Tanpa Kau, aku tak kuat. Aku tak kuat hadapi semuanya sorang2. Lebih perit, dugaan yang bertimpa-timpa datang pada aku dalam masa sehari. Aku takkan pernah lupakan dugaan tu. Semoga tahun ni berakhir dengan keberkatan dariMu Ya Allah. Aku juga berdoa agar tahun 2012 akan memberikan sinar kebahagiaan buatku sekeluarga dan semoga tahun 2012 akan menyinari hidupku insyaAllah. Azam tahun baru aku nak naikkan pointer semester ni dan semester seterusnya. Dan cepat2 habiskan degree ni. Nak keje, nak sambung Master insyaAllah ameen~. Kawan2, doakan saya yee :D

Mulai saat ni, aku tutup kisah 2011, aku bukak buku baru dan diari baru untuk tahun 2012. Segala pahit manis tahun 2011 akan aku semat dalam ingatan aku sampai bile2. Untuk Msyk, saya doa awak bahagia. Saya harap awak bukan dihati saya lagi. Cukup-cukuplah. Biarlah sayang, cinta dan rindu saya pada Allah dan pada keluarga saya. Awak pergilah jauh2. Ini yang terbaik buat awak dan buat saya. Awak mampu bahagia tanpa saya dan sebaliknya. Saya harap saya akan jumpe seseorang yang jauh lebih baik dari awak satu hari nanti. Ameen... Wassalam.

* Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...... Selamat Tahun Baru 2012 untuk semua bloggers, family, friends, BFF and everyone ! Semoga Allah sentiasa memberkati dan melimpahkan rahmat buat kite semua. Ameen~  *

A Thousand Years

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow
One step closer
I have died everyday
waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more
Time stands still
Beauty I know she is
I will be brave
I will not let anything
Take away
What's standing in front of me
Every breath,
Every hour has come to this
One step closer





Friday 30 December 2011

Ombak Rindu lagi????

Redha itu ikhlas.
Pasrah itu menyerah.

Ehem2. Haaaa. Bile bace dua ayat ni, mostly semua orang tahu dari mane penah dengarkan? Hmmm. For the first time, i heard it yesterday you know. All this while, I just heard it from a few of blogs, status in FB (macamlaa ade FB kan hehe) and for the most, when everybody talks about a film entitled 'Ombak Rindu'. Erkkkk. FYI, I watched the film for the 1st time yesterday. Hmmm, before this, I was truly excited to watch the film at the cinema but until yesterday, I did'nt got the chance. What the best is, I've been watched it free just through You Tube ! How amazing it was ! Hahahaha.

Okayyy, bile semua orang komen pasal filem ni, aku pun nak jugak komen (sebok tak?) Ahhh peduli ape, i have the right to write anything in my blog kan kan? ;D Aku memang teringin nak tengok filem tu sebab aku nak tahu macamne pengarah mengadaptasikan kisah dalam novel ke sebuah filem. Tambah2, pelakon2 dalam filem tu pun hebat2 dan hero dan watak ketiga (Aaron Aziz & Lisa Surihani) memang aku minatlah ! As we know, filem tu diadaptasikan balik dari novel Ombak Rindu sendiri. Sape yang tak pernah bace, memang sangatlah rugi sebab novel tu memang best sangat2! Novel tu buat aku menangis walaupun aku dah bace banyak kali. Jalan cerita novel memang teratur dan ikut flow yang tersendiri. Tapi sayang, dalam filem, it's quite dissappointed me. Watak2 dalam tu memang sebijik dari novel, sama jugak dengan jalan cerita, konflik ape semua tapi jalan ceritanya sedikit slow dan konflik tu takdela berat macam dalam novel. But it's a good try for the director of the film. I've been proud for it. Dek kerana novel, pengarah semakin berani nak buat filem2 adaptasi ni kan.. Bukan setakat filem laa, certain2 drama pun ade yang adaptasi dari novel jugakkan? Bagus2. Tapi untuk filem ni, I give 4 stars for the actor and the actress. Not for the film. Pelakon memang dah hebat. Sayangnya, filem ni langsung tak buat aku touching huhuhu. Imagine, aku macam takde perasaan bile tengok filem tu. Sorry to say laa yee. Bukan nak kutuk filem Melayu pun. At least, pengarah berjaya menarik ramai penonton dan the most important part is the film got the highest rating, banyak kutipan dari filem tu ! A big honour for them ! :D Tak kesahlaa apepun komen2, kritikan, Ombak Rindu tetap jadi santapan pencinta2 filem Melayu kite. Plus, aku rase novel Ombak Rindu pun makin laku walaupun dah lame published. Kalau dapat peluang, aku pun nak bace novel tu lagi sekali, kasi feel beb hehehe. By the way, aku cume ade sambungan dari novel tu je, 'Cinta Tiada Akhirnya'. Sape nak pinjam, cakap je okayy? :)

Hmmm. Okayy, malas dah nak komen2 sal filem ni. Bosan jugakkk bile cakap sal ni je kan? hehe. Aku baru teringat, ade sorang tu penah cakap die dah tengok filem tu 3 kali kerana minat. Touching pulak tuh. Tapi nape aku tak touching pun eh? Takkan hati aku ni kering sangat kot. Ishhhh2 pelik jugakk =.='.. Hmmm pape jelaaa. Pade sape yang tak tengok lagi, boleh je cari kat http://www.youtube.com/ atau latestmuvee.com. Tak payah susah2 nak pegi cinema then habiskan duit tiket tu kan kan? Okayy, SGT stop cni dulu. Nak cari mood utk start study pulakkk ! Spread the lovessssss ! Muahhhhhahahaha ! :p

* Episod terakhir drama Tentang Dhia buat aku menangis gile2 sebab jalan ceritanya sangat menyentuh perasaan aku. Kisah cinta sampai mati. AA cakap, die pun nak jugak macam tu hehehe. So sweet you are :D But for now, we are just friends right? *

 

Duit Ohh Duit.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hmmmm. Hari ni baru dapat update blog. Maklumlaaa bile dah nak final ni, macam2 bende kete settle, esaimen nak kene siapkan pe semua. Aku pun baru balik dari kelantan, balik pun sebab nak releasekan tension kejap. Balik2, ade kelas, then kene pegi Shah Alam submit esaimen pastu jalan2 kat JJ Bukit Tinggi. Jauh plak tuhh. Sampai je rumah, lepas mandi, solat, teruskan berjegil mata siapkan esaimen yang terakhir. Lepas subuh baru boleh tido. Yelaa, start buat esaimen tu pun dah lewat, dalam pukul 12 plak tu. Tapi takpe, last2 siap jugak esaimen utk sem ni. Skrg kene fokus utk final exam pulak. Haiyaaaa. Mood nak study pun tak sampai lagi. Tak tahu nak start bile. Standardlaa, study last minute tu kan habit student hahaha.

Actually aku tension sgt sekarang ni. Dgn masalah kewangan lagi, dengan nak final lagi. Selagi study, selagi tu la masalah duit tak pernah nak settle. Everything needs money. No money, no talk. Takde duit, macam takleh nak survive hidup ni. Semua nak duit. Makan, minum, belajar, sekolah dan segala2nya lah nakkan duit je. Even nak masuk public toilet pun kene ade duit. Kalaula duit tu macam pokok bunga kan best.Hari2 petik je bunga, hari2 ade duit. Tapi lame2 habis jugak. Tapi sekaya-kaya mane pun kite ni, banyak mane pun harta kite kat muka bumi ni, semuanye tak boleh bawak ke akhirat. Macam kat dunia ni, ade duit je, semua jalan. Nak kawin, pakai duit, nak dapat ape2 pun, perlukan duit. Nak buat jahat pun pakai duit. Sebagai contoh jelaa. Mcm drama Tentang Dhia tu, mak mertua die sanggup keluarkan banyak duit semata-mata nak bomohkan Dhia. Ape punye manusia ntah. Kalau aku pun tak sanggup ade mertua macam tu tapi dah takdir die. Yelaa, memanglaa tu cume drama tapi drama ni sebenarnya based on the real life. So, adelaa sesape yang pernah atau mengalaminya keadaan macam tu kan. Mintak2 dijauhkan dengan semua tu. Ameen.

Hmmmm. Tetibe plak nak emo aku ni hahahaha. Cakap pasal duit, aku rase sem ni lebih jimat dari sem2 sebelum ni. Sebab kat puncak alam ni, aku tak banyak keluar mcm kat Shah Alam dulu. Weekend dok umah je, tak mcm kat Shah Alam, pantang ade duit, ade kudrat, terus keluar tgok wayanglaa, karaoke laa. Bile kat sini, duit byk keluar pun sbb makan, then bil2 rumah ni semua. Plusss, duit tambang van, tambang balik kampung hehehe. Duit pt aku pun hbs lewat dari biasa. Sepanjang sem ni, baru berapa kali je mintak duit ma dengan abah. Kalau sem2 sebelum ni, selalu jugaklaaa. Tapi sekarang dah hujung sem, memang kering sgt2. Terpaksalaa ikat perut untuk hujung2 sem ni. Nasib baik dah nak habis. Hmmmm. Tak sabar nak balik kampung, nak keje dalam masa sebulan lebih ni tapi ade ke org nak ambik aku keje eh? Ntlaa ok kan balik. If there's a will, there's a way kan? I have to stop here. Penat pun tak hilang lagi. Mata pun dah ngantuk walaupun awal lagi. Huhuhuhu. Sebelum tu... Akhirnya aku dapat jugak tgok Ombak Rindu tapi free je hahaha! Okelaaa. Nyte everyone ! Entry lepas ni aku akan cter pasal Ombak Rindu and all about someone plak hehehe :p

* Good Luck to all my classmates, my friends, and also my BFF, Esha for the final exam... Semoga kite semua mendapat kejayaan yang diimpikan masing2. Ameeeeeennnn... *


Friday 23 December 2011

Study Week + Tension Week

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuhhh. Akhirnya habis jugak kelas untuk semester ni. Tup2, minggu depan dah masuk study week. Tapi esaimen belambak-lambak dengan kuiz ape semua. Alhamdulillah semua test dah lepas, cume sekarang ni banyak esaimen yang kene settlekan dan kene submit dalam study week. Memang dah jadi kebiasaan bagi student bile study week akan balik kampung dan  konon2nya macam semester break laa. Sedangkan study week la minggu yang kene siapkan esaimen, consult lecturer dan study untuk final. Tapi dah mmg adat, bile cuti je balik kampung. Huhuhu. Minggu ni minggu yang paling memenatkan. Tension aku dibuatnya. Kerja banyak sangat sampai terpaksa berjaga sampai ke pagi, dalam minggu ni aku tido dalam pukul 2,3 ke atas. Semalam pulak pukul 4 pagi baru boleh tido. Yela, nak kene siapkan report dan slide presentation pe bagai semua. Aiyaaa, memang tension sesangat minggu ni ! Sampai rase nak menjerit, nak menangis je !!!!! Mungkin salah sendiri jugak sebab suka buat keje last minute. Esaimen yang suppose hantar awal2, baru nak start buat. Erkkkk. Ggggrrrrr. Padan muka diri sendiri, Kang dah kene batang hidung sendiri. Pape pun, esok aku nak balik kampung, nak releasekan semua tension2 dan penat aku ni. Nak balik tido dan rehat puas2 je. Lagipun, minggu ni memang penuh dengan test yang 'membunuh'.. Alhamdulillah, keputusan yang aku dapat memberangsangkan. Tetap bersyukur walaupun tak dapat yang paling tinggi. Tapi ape yang buat aku tak percaya, aku dapat markah tertinggi untuk presentation CTU. Memang ade bakat nak jadi Ustazah Pilihan ke aku ni? Hehehe. Apepun, aku bersyukur dan berpuas hati. Terima Kasih wahai pensyarah2ku. Anyway, sekarang aku nak stop dulu pk sal study ni. Kalau boleh nak hilangkan semua tension2 ni dulu. Barula pk sal study utk final. Huhuhu. Anyway, goodluck untuk final exam to all the HM2214A's students ! Semoga kite semua akan dapat result yang cemerlang. Ameen Ya Rabbal Alamin~ :D

* Tiket balik kampung pagi esok. Yeyyyyy! Home Sweet Home ! *


Monday 19 December 2011

Ya Allah, hamba mendambakan kasih Mu.


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Sunday 18 December 2011

Biar Gila Wayang Dari Gila Bayang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Lewat2 macam ni tetibe rase nak menulis something plak. Tambah2 lepas aku tertengok gambar2 dulu. I mean gambar2 aku dengan Msyk kat Aquaria KLCC, 1st date pulak tu. Bukan mengingat kisah lama yang buat aku sakit hati sekadar mengimbas balik ape yang pernah buat kite happy. I think it is not wrong. Yang penting, kite jangan terikut2 dengan perasaan cth tetibe je menangis segala bagai. Useless je kalau aku nak bazirkan airmata aku lagi. Cukup2lah selama ni aku dah pendam sorang2 je kan? :D
Okayy entry kali ni, biar gila wayang dari gila bayang. Betul la kan? Aku memang suka sangat tengok wayang. First time aku tengok wayang dan masuk wayang mase study dip kat UiTM PP dulu. Kelantan kan takde cinema so it was my first time watching cinema. Uwaaa, sadis tak? :p Tapi nak dijadikan cerita, kat Shah Alam memang kerap jgk keluar tengok wayang. Dengan kawan2 rapat aku, plus dengan Msyk. Okayy, aku terjumpe gamba ni, gamba tiket wayang sepanjang aku kenal die. Memandangkan hubungan kami hanya bertahan dalam mase yang amat singkat, jadi ini je cara kami habiskan masa bile keluar berdua, kadang2 bertiga dengan adik laki die takpun dengan kawan2 aku. Lagipun masa banyak dihabiskan dengan lepak kat rumah die, lepak dengan ibu Mahanom, pastu dapat makan lauk best2 hehehe. Okayy, here are the pictures ! 

Fast Furious with him and his younger brother, Aiq

First date and first time watching cinema together, Hikayat Merong Mahawangsa at KLCC


How we spent the precious time together

* That's all about US. No US anymore okayy SGT ! He's goes with his new life and same with me! :) May Allah s.w.t bless me always and u too, Msyk. Ameen *

Asid Perut Naik ke Tekak.

              

Bismillahirrahmanirrahim.

patients with diseases that weaken the esophageal muscles (see above), such as scleroderma or mixed connective tissue diseases, are more prone to develop GERD.
Okayy, entry kali ni aku nak share ckit a little bit pasal satu penyakit. It sounds like a common disease but we should be concern on it. Actually aku pun mengalami simptom2 penyakit ni tapi aku tak tahu whether ia tahap serius atau tak. So, i did some research on this kind of disease. Penyakit ape? Penyakit refluks gastroesofagus ataupun Gastroesophageal reflux disease (GERD). Tapi sebenarnya ade lagi English term yang boleh dipakai like gastro-oesophageal reflux disease (GORD)gastric reflux disease, or acid reflux disease. Nak sebut pun cam terbelit lidah orang Melayu aku ni. LOL.
HeartBurn
Okayy, berdasarkan kefahaman aku berkenaan penyakit ni asid dari perut yang berfungsi untuk menghadam makanan naik ke tekak ataupun bahagian esofagus kite. That's why la name penyakit ni ade perkataan 'esofagus'. Aku dah pernah rase macamne sakitnya bile asid tu naik ke tekak, pedih yang teramat sampai nak muntahkan semua makanan dalam perut ni. Banyak simptom2 penyakit ni. Antaranya ialah Heartburn kat sini bukan bermakna hati atau jantung terbakar ataupun hati ni sakit ke ape. Heartburn membawa maksud pedih ulu hati. Biasa aku dok sakit hati je kan tapi ini tak. Ini pedih. Sakit wooo. Mula2 sakit tu macam kene gastrik, bile asid dalam perut mula menggelegak. Then, dinding perut akan jadi sakit, pedih. Kadang2 rase nak je buang perut ni. Haishhhh =.='
Actually, there is other symptoms of this disease such as Regurgitation ataupun seolah-olah muntah atau meludah. Kite akan lebih cenderung nak vomit untuk keluarkan asid yang ade dalam perut. Aku taklah berapa faham yang ni tapi aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Then, Trouble swallowing (dysphagia) ataupun susah nak menelan sebab sakit kat tekak. Ade lagi simptom2 ringan yang lain tapi kawan2 boleh browse through kat Internet ataupun link ni okayy.
http://en.wikipedia.org/wiki/Gastroesophageal_reflux_disease. Kalau nak tahu komplikasi dari penyakit ni, boleh bace kat artikel ni. 
http://www.medicinenet.com/gastroesophageal_reflux_disease_gerd/article.htm. Actually banyak yang kite dapat tahu dari buat research dalam Internet. Sometimes, bende2 yang sebesar kuman pun kite dapat tahu. Cume kenela rajin nak browse then bace newspaper. Takdela out to date sangat kan? Penyakit camni sebenarnya jugak jadi kat infant (baby). Sebagai contohla kan kite selalu perasan baby mudah sangat muntah ataupun 'jeluak' dalam bahasa Kelate lepas minum susu kan? Haa, itu juga salah satu contoh penyakit ni. Tak semestinya penyakit ni jadi kat orang dewasa je tapi baby pun boleh. Sebab tu ade kes2 yang baby meninggal sebab tersedak susu.Kesian kan? Disebabkan tersedak, baby tak dapat nak kawal pernafasan diorang, yela baby bukan tahu pape pun. Bile tak dapat nak bernafas, ia menyebabkan baby lemas dan meninggal :(
Ade cara2 yang boleh elakkan penyakit ni. Yang aku faham, antaranya ialah :

Sleep on the left side, or with your upper body raised. (Tidur di sebelah kiri ataupun naikkan bahagian badan yang atas) - tinggikan kedudukan bantal bila tidur.

Relief is often found by raising the head of the bed, raising the upper body with pillows, or sleeping sitting up.The upper body must be raised, not just the head; pillows that only raise the head do little for heartburn and put strain on the neck. Sleeping on the left side also keeps gravity working for you, keeping your stomach below your esophagus.

Eat smaller meals. (Makan makanan dalam jumlah yang sedikit)
Eating a big meal causes excess stomach acid production, so attacks can be minimized by eating smaller meals. It is also important to avoid eating shortly before bedtime.

Lose weight. (Kurangkan berat badan)
Gaining even a few pounds increases your risk of heartburn. Exactly why isn't clear, but the leading theory is that more body fat puts more pressure on the stomach, which can cause highly acidic stomach contents to reflux to the lower esophageal sphincter. For the same reason, tight clothing around the abdomen can also increase the risk of heartburn.

Avoid acidic and rich foods. (Elakkan makanan atau minuman yang berasid, berkafein dan berkarbonat)
Though less well supported by evidence, a sufferer may benefit from avoiding foods that trigger their symptoms. These commonly include acidic fruit or juices, fatty foods, coffee, tea, onions, peppermint, chocolate, especially shortly before bedtime.

Haa, kalau kawan2 tak faham boleh gune http://translate.google.com/ tapi janganlah percaya sangat dengan perkataan google ni, ayat tak berapa nak organized huhuhu. Apepun, saya cume nak berkongsi ilmu berkenaan dengan penyakit ni je. Kalau ade fakta atau term2 yang mengelirukan atau salah, minta maaf banyak2 laa k. I am just an ordinary person :) Yang penting, kite kene ingat setiap penyakit yang kite hadapi ade ubatnya melainkan mati dan setiap penyakit tu sebenarnya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kite sebagai tanda Allah ingin kite mengingatiNya sentiasa. Wallahuaklam.

* Badan sihat, otak cerdas ! Take care of your health ! Amalkan gaya hidup yang sihat walaupun saya tak berapa sihat :') *

Saturday 17 December 2011

The Awesome Test on the Awesome Day !

Bismillahirrahmanirrahim.

Thanks to Allah s.w.t. In one day, I got 2 awesome test ! And it was an awesome day for me today! hehe. For the first test, it was through ilearn at UiTM student portal, I just need to log in and then answer all the questions. There were 50 questions and should be answer within 45 minutes. I felt nervous because I am afraid I won't get answer all the questions in such short period of time but Alhamdulillah I answered it all together with my other 5 housemates hehe. Congratulations to everyone ! We have done a good job ! :)

What the most unexpected things was there was no timeline during the test. Before this, there was. But today, it was really awesome test you know ! Hahaha. So, we were freely to answered all the questions in any period of time. LOL. Good right? Hohohoho. At the end, after the test was been submitted, we got 46 over 50 ! Wow ! Really awesome. No ! Super awesome ! We are thankful to Allah s.w.t with His blessing today :)

Okayy for the 2nd test, we will have home test! Actually, Mr Fitri would like to give us manual test unfortunately yesterday's class got cancel so he decided to give us home test and do submit to him this coming Monday. Wow! Amazing right? Awesome too! hehehe. Now we are going to finish our home test, wish us good luck okayy! May Allah bless us always and give us success soon. Ameen~ :D
End with awesome day !

* Lots of love and big hugsss to the lecturers hehe *

You Want Me Only When You Are Lonely.


* i love this songs *

p/s : DO PAUSE THE BACKGROUND SONG FIRST IF U WANT TO HEAR THIS SONG :D


Friday 16 December 2011

Dari Merangkak Sampai Berlari.

Bismillahirrahmanirrahim.

Cepatnyee mase. Dulu mase mula2 masuk sem 4 ni, rase cam mase tu merangkak. Sekarang dah tahap berlari. Tup2, dah nak masuk final exam. Haiyaa. Aku pun tak tahu ape yang aku belajar selama sem ni. LOL. 
Ape2 pun, dari sekarang tetap kene berjuang. Berjuang untuk final. Hujung2 sem baru nak berjuang. Hahahaha. Sepatutnya dari awal la kan? Standard 'deviation' la student. Tetibe masuk subjek QMT plak. Haiyaaa. 

* SGT, jangan laaa malas. Study Smart okayyy?!! InsyaAllah. Semoga Allah melimpahkan kejayaan padaku. Ameenn~ *

Woman studying
Study Smart not Study Hard ! >.<


Thursday 15 December 2011

Nak Kawin Boleh Tak?

Amalan Romantik Suami Isteri.

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
 5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!
20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
“Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya.
Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH.
Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada istrinya. Setiap hari Suami yang baik kepada istrinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya).”
Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, ” Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?”.
Nabi SAW menjawab, “Wahai Umar! Pahala dan keutamaan istri lebih besar dari suaminya, karena ALLAH SWT mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya.
Namun ketahuilah bahwa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTRI.
Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya…
Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam”.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :
Rasulullah SAW bersabda : “Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para istrinya.” (HR Tirmidzi)

* Nak kawin jugak boleh takk? Mula mencari calon :) *