Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 20 January 2012

Saya Mintak Maaf.

Bismillahirrahmanirrahim.

Kadang-kadang ape yang kite buat tak semua orang suke. Samala bile kite cakap something yang kite anggap sebagai satu gurauan tapi bukan gurauan bagi die. Last2 orang tu yang sakit hati. At the end, kite dah pun lukakan hati die. Menyesal pun takde guna. Ape yang kite boleh buat, mintak maaf dan kesal dengan ape yang dah jadi. 

Oke. Padan muka saya. Sekarang saya rase bende yang sama. Sakit sangat. Saya dah lukakan hati die. Saya nak sangat die tahu yang saya tak berniat nak lukakan hati die. Saya betul2 menyesal dengan apa yang dah saya buat. Saya tak berniat apa-apa cume menganggap ianya sebagai satu gurauan. Saya dah mintak maaf dengan die. Tapi saya terima kalau die tak maafkan saya sekalipun. Because I think I don't deserved for it. Tapi satu je saya nak die tahu, saya benar2 menyesalinya dan saya benar2 terluka selepas ape yang dah saya buat dan cakap pada die. Saya tak pernah rase macam ni. Sakit sebab saya dah lukakan hati die.

* AA, i am really sorry. I don't know quite how to make things better between us right now. I can start by saying I AM SORRY. I really am :'( *

Wassalam.

Rasa lega bile nangis dalam toilet.

Tuesday 17 January 2012

Pokok.

Tanya sama pokok. Ape sebab goyang. Pokok boleh ke jawab huh?
 =.='


Monday 16 January 2012

Dirinya dan Diriku.

Wajah dirinya.
 Suara dirinya.
Senyuman dirinya.
Gelak tawa dirinya.
 Pandangan mata dirinya.
Ia muncul secara tiba-tiba.
 Diriku tenung.
Diriku diam.
 Diriku mengelamun.
 Diriku tenggelam dalam memori lama.
 Banyak rupanya.
Banyak yang mengingatkan diriku pada dirinya.
Diriku bangun dari lamunan.
Diriku padamkan semuanya.
 Diriku ingin lupakan dirinya.
 Tak mungkin dirinya masih dihati diriku.
Diriku buang dirimu begitu jauh agar hati diriku dijaga rapi.
 Agar luka terubat.
Agar semua memori lama hilang dari ingatan.
Dirinya hanya lembaran sejarah lama diriku.
Diriku biar ia terkubur lama sepertimana dirinya mematikan segala perasaan pada diriku.
Sudah.
Cukup.
Terlalu penat.


*Penat melayan buku, perasaan kacau =.=’ *



Friday 13 January 2012

Puisi Datang Dari Hati.

Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.


* puisi nukilan Zahiril Adzim buat pelengkap tulang rusuknya, Shera Aiyob *
bestkan kalau ade someone cipta puisi untuk saya? hehe :p


Kenapa Si Gadis Tabah ?

Bismillahirrahmanirrahim.

Kenapa nama Si Gadis Tabah? Takde name lain ke? Tabah ke? Soalan ni selalu gak saya terima dari sesape yang visit blog ni dan ade gak kawan yang gelak kecil bile saya cakap name blog ni. Pelik sangat ke ek? Atau name tu terlalu menonjol? I have my own reason why I choose this name and title. People keep saying and asking anything that they want but I just keep going with my own because the most important thing is I am me. And I am not hurt anybody's heart right? Mungkin bile people bace blog ni, they will know how I survive in my life but it just a little bit. Selebihnya hanya diri saya dan keluarga yang tahu. Hati saya hanya Tuhan yang tahu.

Sesape pun memang takkan lari dari pape bentuk dugaan sekalipun, ringan ke berat ke, semuanya kene tempuh dengan tabah dan sabar. Sabar tu kunci untuk semuanya. Sabar tu terlalu indah. Dengan sabar, Allah akan sentiasa ade dengan kite, yang penting, we should NEVER leave Him in any matter happens. Trust Him. Have faith in Him. Tapi ingat, jangan bile susah je cari Dia, bile dah senang, lupe terus. Hmmmm itu sebenarnya lumrah seorang manusia. Samelaa bile ade someone yang betul2 ikhlas menyayanginya, mudah lupe macamne nak hargai, bile dah takde, mulalah menatap, menangis sebab menyesal. 

Saya benar2 sedih dan kecewa dengan ape yang telah menimpa salah seorang dari kawan baik saya. Ape yang dialaminya terlalu berat untuk ditempuh. Tapi saya bangga dengan die sebab die terlalu tabah dan terlalu kuat. Kalau saya ditempat die, saya takkan setabah dan sekuat die. Ape dugaannya biarlah menjadi rahsia. Sekadar perkongsian disini dan tanda bangga serta syukur saya dengan ketabahan die. 

Saya sentiasa berdoa Allah akan selalu ade dengan die, dan Allah tabahkan hatinya dengan ape yang dilaluinya sekarang. Saya berharap agar die akan memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak. Ameen. 

* To the bloggers and the readers, tolong doakan kawan saya. Saya benar2 sayangkan die dan tak sanggup tengok die macam sekarang :( *


Thursday 12 January 2012

Bersyukur.

Bismillahirrahmanirrahim.

For most, thanks to Allah s.w.t. Today i got 3 things that make me happy and thankful a lot. Firstly, i got answer final exam paper for QMT554 calmly and confidently. First time rase macam yakin sangat jawab exam tadi dari paper2 sebelum ni. Huhuhu. Yaa, paper before really tensed me. Nak kate susah, saya bukan tak study pun. Study tapi mungkin terlalu berharap pada tips2 lecturer ataupun instinct masing2 so last2, masing2 gigit jari dan keluar dari pintu dewan exam dengan muka ayam berak kapur. Hmmm. Tapi bende dah lepas, nak pk ape pun takde gune. Just let it go. Sekarang the best thing is, berdoa dan bertawakal pada Allah. Kite dah usaha jadi sekarang kite berserah. Yang menentukan Allah, kite ni merancang je. Untuk paper tadi, i mean QMT554, was quite easy to understand. Sebab 2 hari dah buat latihan past year, test mcm dalam exam segala bagai, so Allah dah tolong saya dan juga kawan2 dalam exam. Shukran Ya Illahi. Saya taknaklah berharap lebih2 cume berdoa agar keputusan nanti baik2 je semuanye. Ameenn. 

Secondly, sebab hari ni start boleh check result Muet. Alhamdulillah I got what I expected before. Yaa, average jelaa tapi still berpuas hati dengan usaha sendiri. Yang penting, confident level tu mesti tinggi :D Tahniah buat kawan2 saya dengan result masing2 terutama Mieza, Ieka, Adira, Paie dan Eiyra. We are still the best right? Two of us layak jadi lawyer hehehe. Okayy last sekali ni pulak, dapat baucer RM200 dari govt. Kawan aku ckp baucer tu hasil tax yang mak ayah kite byr jugak. But still bersyukur dengan rezeki pada hari ni. Terima Kasih Allah. Keluar dari exam hall tadi memang rase lega dan bersyukur sangat sebab dapat jwb soalan dengan tenang. Saya mendoakan yang terbaik untuk semua paper. 

U know what? Mase nak ambik baucer kat kampus tadi, I met someone. Hahaha. Ehem2. Sape lagi kalau bukan AA. I saw him in the office. Once I arrived there, I saw him and he stand near by me. But I am too shy to say hello to him. Because my friends and his friends are there too. So, I just walk without look at him (sombong ke?) Then, when I was going out from the office, I saw him outside the office. He just look at me and smile to me, then I smiled back to him. What a coincidence right? ;D hehehe. Along my way to back home, we texted each other. I said to him that I am really comfortable be friend with him and he said too. Hehehe. I am not hoping anything but just need someone that can comfort me, make me laugh, make me feel calm, make me fall in love once again. For this time being, I am happy for my life because I enjoyed my life happily without any reason for me to be sad anymore. Without the pain, without the heartache and the most important part is without you, Msyk. 

Wassalam.
I guess I am ready to be in love again. Come to me. I am waiting for you, love ;D


Monday 9 January 2012

Terlalu Penat & Penat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Penat. Terlalu Penat. Itu je yang mampu saya cakap sekarang ni. Bukan merungut. Tapi sekadar menzahirkan beban yang ditanggung ni. Bukan beban sebenarnya. Tapi cabaran dan dugaan sebagai seorang pelajar. Bukan pelajar sekolah lagi. Tapi pelajar Universiti. Penat tu memang penat. Tambah2 sekarang tengah final exam. Hari ni baru lega sikit sebab ade jugak masa nak rest, pagi tadi dah lepas paper final yang ketiga. Memang rase nak menangis, nak menjerit jerit je dalam dewan tadi sebab tension yang teramat sangat ! Jujur, saya tak dapat soalan2 final tadi dengan baik. I am doing my best but I still felt dissappointed. Bukan saya sorang tapi kawan2 yang lain pun masing2 tunjukkan muka ayam berak kapur je. Mane tak frust, kami buat latihan sama2, semua soalan past year kami jawab, cepat faham pe semua tapi bile tengok final exam paper tadi, memang kecewa dan terkejut yang teramat sangat. Boleh kira kot berape markah je yang kami boleh dapat. Haiyaaaaaaaa. Argghhhhh !!!! 
Ade gak housemate yang menangis sebab tak leh jawab. Sedih dan kecewa. Itu je perasaan kami sekarang. Tapi bende dah lepas. Kalau nak kesalkan pun, takde gune. Betul tak? Mak pesan 'bende dah lepas, takyah la ingat lagi. Mungkin usaha Aya setakat tu. Yang penting, Aya dah buat sedaya upaya atas usaha aya sendiri. Sekarang, berserah dan tawakal pada Allah..' 
Betul tu Ma. Berhenti berharap. Itu lebih baik. Saya pun ade gak kecewa tapi saya redha, pasrah dengan ape yang saya jawab tadi. InsyaAllah kalau rezeki bersama saya, saya akan dapat keputusan baik dan setimpal dengan usaha saya sendiri. Dan kepada kawan2 saya jugak, terima kasih. Saya doakan kite semua dapat result2 yang gempak2 untuk sem ni dan seterusnya tau ! Ameeeen~
Hmmmm. Ngantukla pulak. Saya stop cni dulu yee. Mata dah penat sangat ni. Nanti bile dah free, saya updatekan lagi oke? ;D


* nak hibernasi atau tidur - AA :) *


Tuesday 3 January 2012

Erti Lahir Sebuah Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

 * Copy from www.PakarCinta.com  *

Monday 2 January 2012

Entry Tahun Baru.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Dah masuk tahun baru 2012 akhirnya tapi harap2 masih belum terlambat untuk saya wish Selamat Tahun Baru buat semua :) Ehem2, I am still 21 okayy? :D Kesianlaa pada yang lahir 1st Jan kan, umur dorang makin bertambah hehe. Saya still rase muda wahhh! :D Gurau je k :p Hmmm, actually saya belum ade mood nak menulis entry tapi curik masa ckit sebab bosan gak asyik mengadap buku and notes je. Mata pun dah keluar abjad je hahaha. So, for a while, tak salahkan saya blogging kan? Okayy, start dari tahun ni, no more 'aku'. Tapi 'saya'. Tu lagi sopan sebenarnya lagipun, kat luar, jarang sangat saya bahasakan diri dengan 'aku' selain dari kawan yang benar2 baik (BFF). With the others, lebih selesa membahasakan diri dengan nama sendiri je :)

Nothing much to say here. Just for sharing. Yesterday night , I talked to someone. To AA actually. Seriously, I was happy on that time and I was excited ! Poyo tak? Hehehe. It is wrong for us to talk with someone that comfort us? Dari nak cakap dengan orang yang selalu sakitkan hati kite, so lagi beribu2 kali baik bercakap dengan orang yang selalu senangkan hati kite. Takdela membazirkan kredit. Woahhh ! Tapi saya takdela mengaitkan sesape yang menyakitkan hati tu. Takde sape sebenarnya ;p

Hmmm. There was a lot of things and issues we had talked about. Study, final exam, new year, and I was also asking about his family. It was quite good because sedikit sebanyak I got know him a little bit, about his state, Sabah and his ethnic. Mentang2 tengah study CTU553 hahahaha. But the best thing is, when I heard the way he talked, I always love to laugh because he seems read a dialogue or script in a drama. Jangan marah AA :) Tapi saya tetap suke dengar die bercakap. For me, he is not a hypocrite person. He's always be the honest man in the world. Kalau ade award, memang dah lame saya bagi kikikiki. 

Apepun, for this time being, saya selesa berkawan dengan die. Ya Allah, selama ni saya tak pernah suke berkawan dengan sesape macam ni sekali terutama lelaki but he's really comfort me. Thanks a lot AA. Hmmm, walaupun terpaksa menjawab berbagai-bagai spekulasi tentang saya dengan awak, saya hanya mampu tersenyum dan I said 'we are just friends'.. Saya ni perempuan, takkan nak cakap lebih2 pulak, kan? Nanti orang cakap saya ni terhegeh-hegeh pulak. Yang penting, saya tak kacau hak orang. Tak rampas milik orang, kan? :D

I need to stop here. Housemates dah menjerit-jerit suruh makan. Maklumlah sehari suntuk saya berkurung dalam bilik ni. Malam ni nak kene sambung study lagi dan lagi. AA ! Study pleaseeee. Pleaseeeee oke? Spread the lovessss. Bye everyone !

Wassalam.