Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 27 October 2011

Nothing Special.

Bismillahirrahmanirrahim.

Walawehhh. Lame sangat tak update blog ni. Nampak sgt busy, kan? Rajin kan saya? HAHAHA. Yaaa. Lately memang busy sesangat dengan test, esaimen, case study, presentation and so on ! Skrg ni lega ckit baru lepas online test MIS tadi. Tapi esok ade lagi yg menanti huhuhu. Macam ni laa hidup manusia yang bergelar PELAJAR. Tapi takpe, bak kate pepatah, bersusah-susahlaa dahulu, bersenang-lenang kemudian insyaAllah :)

So, entry kali ni takde laa special pun. Just nak share ape yang saya buat lately ni hehe. Nak cpt2 habis minggu ni sebab tak saba nak balik raye hehe ! Yesss ! Next week hari raye ! Next week balik raye ! HAHAHA.

saya dah ngantuk. i need rest, next time saya post entry lagi eh. Nyte ! Sayanngggg blog ni. Mmmuuuahhh ! 0_0



Saturday 8 October 2011

Semoga semuanya baik-baik saje.

Bismillahirrahmanirrahim.


Ya Allah hamba bermohon dari MU, permudahkanlah segala urusan kami. Hapuskanlah segala kekalutan ini. Tenangkan hatiku, hati keluargaku dalam menghadapi setiap dugaan yang telah Kau berikan kepada kami. SesungguhNya Engkau Maha Berkuasa dan Maha Menentukan setiap apa yang terjadi di dunia dan juga di akhirat. SesungguhNya dugaan yang Engkau berikan tidak melebihi dari kemampuan kami untuk menanggungnya. Semoga hari esok dan hari yang seterusnya mendatangkan seribu kebaikan kepada kami sekeluarga. Semoga kami tabah dan kuat menghadapi semuanya. Semoga semuanya baik-baik saja. Amin Ya Rabbal Alamin.........



* Ya Allah, jagalah hati kedua ibu bapaku sepertimana mereka menjaga ku dari kecil sehingga sekarang. Amin... *



Thursday 6 October 2011

Berubah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku tak tahu kenape lately ni ase malas sangat nak update blog ni. Bukannye takleh online kat umah ni tapi sebab aku sedikit kemalasan nak bukak laptop, nak bukak blog ni dan update. Kalau aku online pun, aku bukak FB je. Ataupun kalau ade assigment yang kene buat. Aku rase online bukanlah aktiviti yang aku suke macam dulu lagi. Yaaa, online pun takde pape kan. Bukak FB pun boringg. Ade je yang mesej aku, yang chat padahal tak kenal pun. Mintak no fhone lagi. Entah pape. Huh ! Tolonglaaa. Kenal pun tak, cukuplah sekadar awak2 ade dalam list friends saya lam FB yee. Takyah lebih2. Ni bukan kisah Cinta Muka Buku nak kenal2 nak usha2 HAHAHA.

Alhamdulillah akhirnya hari ni, petang ni aku rajin jugakk nak update blog. Rase nak menulis pulakkk hehe. Nak jadi lecturer, kenela rajin menulis kan? Nanti nak buat research lagi (poyo je) hehee. In matter what, cita2 dan impian aku nak jadi Academician wajib ditunaikan insyaAllah ku berdoa Allah permudahkan jalanku amin ya rabbal alamin~~

Aku kenelaa berubah dari seorang yang malas kepada yang rajin. Aku dah tak boleh jadi macam dulu, study last minute, banyakkan online je and etc. Sekarang aku nak kurangkan habit2 yang kurang baik dan tidak berfaedah tu dengan habit2 dan aktiviti yang lebih berfaedah dan tidak membuang masa aku. Aku nak banyakkan masa dengan study. Tambahan sem ni banyak case study yang kene buat, and I need to do a lot of researches to complete them. Sekarang baru aku tahu macamne keje student yang nak ambik Master tapi bezanya student Master lagi banyak kene buat research. So start from now, I need to being used all of this to face more challenges in the future Yeahhh ! ;D

                            InsyaAllah I am trying and doing my best right now :) 

Cakap pasal berubah, aku dah ubah lagu utama dalam blog ni. Ecece. Sebab aku suke sangat lagu Nera ni. Betul2 menyentuh hati dan perasaan aku. huhuhuhu. Tiap kali bukak you tube mesti nak dengar lagu ni hehe.

Alamak, dah masuk waktu Maghrib. Si Gadis Tabah undurkan diri dulu. hehee. InsyaAllah blog ni akan diupdate jika saya mempunyai kelapangan yang sangat luas. Study Study Study Smart Okayyyyy ! Assalamualaikum ~~



*rindu setengah mati kat family. dan jugak kat Hariz Azfar Ukail :'(


Hatiku Milikku.



Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan
Diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan ku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh cintaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Monday 3 October 2011

Suka.

Bismillahirrahmanirrahim.

SUKA. SUKA. SUKA. YA ! SAYA SUKA DIA. SUKA TENGOK DIA. SUKA MESEJ DIA. SUKA TENGOK GAMBAR DIA. SUKA TENGOK MUKA DIA. HAHAHA (gelak nakal)

biarlah. ini je cara untuk aku senangkan hati aku. aku takde sebab lagi nak sedih. nak ingat benda lepas. sekarang, hidup aku untuk diri aku dan  family aku je. untuk dapat apa yang aku nak. aku tak nak kesah. taknak ambik kesah lagi tentang orang2 di masa lepas aku yang pernah menyakitkan hati aku. aku cume SAYANG apa yang aku ada sekarang. untuk masa lepas, I got to go. I dont want to see you anymore okayy ! for my future, I love You more & more. Glad to see you soon ! (cam gedik je). Whatever. Who cares, right? :p


* DIA merujuk pada someone. BIARLAH RAHSIA bak tajuk lagu kat blog aku ni hehehe ;D *


Si Gadis Tabah mengundur diri. Selamat Malam ! Semoga hari2 esok lebih membahagiakanku Amin~~


Sunday 2 October 2011

Life Must Be Go On.

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak aku kat sini, kehidupan aku terlalu berbeza jika nak dibandingkan bile aku kat Shah Alam dulu. Kat Shah Alam dulu, bile bosan kat kolej, ade jugak tempat untuk aku keluar pegi mane2. Tambahan bile ade je cuti, takpun die free, die akan ajak aku keluar. Die akan bawak aku tengok wayang kat JJ Bukit Raja atau Bukit Tinggi. Takpun die akan bawak aku pegi umah die. Katenye lagi jimat kalau makan kat umah die, Ibu masak free je. Die & adik beradik memang suke makan kat umah, yela, air tangan seorang Ibu takkan pernah tewas dari masakan orang lain kan. Sama jugak My Mom. Aku pun lagi selesa makan kat umah die dari makan kat kedai. At least, die pun jimat. Takyah nak belanja lebih2. Tambah2 aku memang tak makan banyak. Selalu je tak habis bile makan kat luar. Pernah ade satu hari tu, die ajak aku breakfast kat Shah Alam (lupe Seksyen berape) aku order nasi goreng kampung je. Nasi banyak sangat aku tak leh habiskan. Die cakap kat aku kalau tak habiskan die taknak bayarkan nasi tu. Die nak ajar aku jangan menbazir. So terpaksa la habiskan jugak walaupun perut rase nak meletup je sbb terlalu kenyang. Die tak boleh tolong aku habiskan nasi tu sebab ade belacan. Dan die allergic dengan belacan dan seafood. Hmmm.

Arghhhh ! Bukan ni yang patut aku tulis sebenarnya kan? But its okayy. Sekadar mengingati something yang buat kite senyum, dah cukup baik dari cakap bende yang akan menyakitkan hati kite balik :)
Life must be go on. Walaupun sekarang tiada lagi 'die' dalam kamus hidup aku, walaupun tiada insan lelaki yang menyayangiku seperti 'die' lagi, aku tetap bersyukur masih lagi dikelilingi oleh insan2 yang sayangkan aku. They are my family, my friends and anyone that loves me :) Dan tak lupe aku masih ade seorang yang sentiasa ade dengan aku. Bukan je dengan aku tapi dengan awak2 semua. Sape??


                                                       ALLAH S.W.T :)

Sambungan dari atas tadi. Kat sini, bile weekend je, aku takde tempat nak pegi. Asyik terperap je kat umah. Bosan. Mati Kutu wehh ! I am dying at Puncak Alam ! Huhuhu. Mungkin ade hikmah bile kene pindah sini. Kalau kat Shah Alam, pantang ade duit nak keluar je, then shopping. Tapi awal2 sem je. Bile tengah2, aku ditanggung HAHAHA ;p

Bile kat sini, save jugakklah. Cume perlukan duit untuk tambang bas pegi balik kelas, then untuk makan kat umah. Masak kat umah lagi jimat tau ! Tong tong duit laaaaa dengan kawan2 bile nak beli lauk. Paling yang buat aku fed up, bile nak balik umah dari kampus, kene tunggu bas berjam-jam sampai berpeluh-peluh. Aku heran tambah pelik dengan tempat ni. Bukan main luas tapi masih belum cukup dengan public transport. Oh Government, tolongla kami student kat sini. Ape kate buat je monorel ke, KTM ke, LRT ke kat sini. Barula senang kami yang takde transport ni nak pegi mane2. Huhuhuhu. Tambah2 bile nak balik kampung, takkan nak kene jelajah Klang Sentral yang lebih kurang 30km dari sini. Sebelum tu kene ambik bas Rapid dulu, itupun nak kene transit balik kat dalam kampus. Kene tunggu bas lain pulakk. Hmm~ Dugaan dugaan.

Apepun, mak abah selalu pesan, jangan merungut bile kite terpaksa bersusah payah nak pegi kelas untuk menuntut ilmu. Allah tahu niat kite untuk menuntut ilmu, insyaALLAH Dia akan permudahkan jalan kite. Alhamdulillah.Berkat kesabaran dan niat kami berenam, ade hamba Allah (pakcik) tawarkan diri nak hantar kami pegi kelas hari2. Die sanggup ambik dari depan rumah dan hantar kat depan2 fakulti. Then kami bayar die RM1.50 utk one way. Terima kasih pakcik yang baik hati. Saya doakan pakcik sekeluarga dimurahkan rezeki. Amin~~

Aku kene stop sini. Lagipun dah nak Maghrib. Aku cume berdua dengan salah seorang dari housemates aku. Bosan~ Hari ni aku buat bubur jagung sebab teringin nak makan. hehehe. Oke, GTG. See you in the next entry. Si Gadis Tabah sayang blog ni hehe :) Opppppssss !

 Sebelum Si Gadis Tabah akihiri entry ni, amati kata2 ni :


Subhanallah :)