Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 31 December 2011

Penutup 2011 - Last Entry for this year !

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, akhirnya tirai tahun 2011 telah hampir ditutup rapat. Just left a few hours for us to say goodbye to this year, 2011.Setelah di'flashback' balik semua yang dah jadi dalam tahun ni, aku dapat simpulkan, sebagai manusia dan khalifah Allah di atas muka bumi ni, kite takkan pernah dapat lari dari dugaan dariNya. Setiap hari, setiap detik Allah menguji umatNya dengan berbagai-bagai dugaan. Setiap insan diuji dengan dugaan masing2, ape yang bezanya bentuk dugaan tu sebenarnya. Dugaan yang diberikan setimpal dengan kemampuan seseorang tu untuk hadapinya. Betapa adilnya Allah s.w.t pada umatNya kan? Aku juga tak lari dari pelbagai dugaan untuk tahun ni. Kalau ingin diceritakan dari awal, memang sampai esok pun tak habis. Tapi ade jugak aku ceritakan sedikit sebanyak dalam blog ni. Aku mula ade blog ni pun sebab aku nak kongsi cerita dan kisah hidup aku yang boleh dijadikan iktibar dan peringatan pada diri aku sendiri. 

Bukan menyalahkan takdir dengan dugaan yang diberi, sekadar memuhasabah diri aku agar lebih tabah dalam mengharungi setiap dugaan yang aku tempuhi. Orang mungkin nampak senyuman aku, nampak kebahagiaan luaran aku tapi tak semua orang mampu selami perasaan aku, ape yang aku rase, ape yang aku pendamkan selama ni. Hanya Allah yang tahu segalanya dan keluarga yang sentiasa ada disisi aku ketika aku lemah, sakit dan mereka juga adalah 'bahu' untuk aku tumpang menangis. Aku bersyukur pada Allah kerana Dia menguatkan semangat aku, Dia beri aku dugaan dan Dia beri aku kekuatan dan kemampuan untuk hadapi semuanya. 

Terima Kasih Allah. Terima Kasih sangat. Tanpa Kau, aku tak kuat. Aku tak kuat hadapi semuanya sorang2. Lebih perit, dugaan yang bertimpa-timpa datang pada aku dalam masa sehari. Aku takkan pernah lupakan dugaan tu. Semoga tahun ni berakhir dengan keberkatan dariMu Ya Allah. Aku juga berdoa agar tahun 2012 akan memberikan sinar kebahagiaan buatku sekeluarga dan semoga tahun 2012 akan menyinari hidupku insyaAllah. Azam tahun baru aku nak naikkan pointer semester ni dan semester seterusnya. Dan cepat2 habiskan degree ni. Nak keje, nak sambung Master insyaAllah ameen~. Kawan2, doakan saya yee :D

Mulai saat ni, aku tutup kisah 2011, aku bukak buku baru dan diari baru untuk tahun 2012. Segala pahit manis tahun 2011 akan aku semat dalam ingatan aku sampai bile2. Untuk Msyk, saya doa awak bahagia. Saya harap awak bukan dihati saya lagi. Cukup-cukuplah. Biarlah sayang, cinta dan rindu saya pada Allah dan pada keluarga saya. Awak pergilah jauh2. Ini yang terbaik buat awak dan buat saya. Awak mampu bahagia tanpa saya dan sebaliknya. Saya harap saya akan jumpe seseorang yang jauh lebih baik dari awak satu hari nanti. Ameen... Wassalam.

* Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...... Selamat Tahun Baru 2012 untuk semua bloggers, family, friends, BFF and everyone ! Semoga Allah sentiasa memberkati dan melimpahkan rahmat buat kite semua. Ameen~  *

2 comments:

  1. well done ! good to hear that. lets move on to 2012. leave the 2011 behind. salam 2012 :)

    ReplyDelete
  2. cik eniey : alhamdulillah. thanks cik eniey ! salam 2012 jugakkk :D

    ReplyDelete