Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 7 December 2011

Ya Allah, Ringankanlah Jodohku.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui dan Maha Menentukan. Ya Allah, ringankanlah jodohku. Pertemukanlah hamba dengan seorang insan yang bergelar lelaki yang benar-benar menyayangi dan mencintai hamba keranaMu Ya Allah. Andai dia telah diciptakan buatku dari Luth Mahfuz lagi, maka dekatkanlah dirinya dengan diriku. Titipkanlah rasa sayang dan cinta di antara kami di atas namaMu Ya Allah. Dekatkanlah hati kami agar kami dapat melayari kebahagiaan yang kami sama-sama idamkan. Ya Allah Yang Maha Mulia, dariMu hamba memohon pertolongan sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik penolong, Kau permudahkanlah segala urusanku, permudahlah jodohku, permudahkanlah jalan ke arah kebahagiaan yang hamba cari selama ini. Dengan rasa penuh rendah diri dan kerdilnya diri hamba ini, hamba bermohon padaMu Ya Allah. Ameen Ya Rabbal Alamin..........
alt

* Aku hanya manusia biasa. Aku hanya mampu berusaha, bertawakal padaNya. Selebihnya, aku serahkan padaNya kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.. *



No comments:

Post a Comment