Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 12 December 2011

Selepas 6 Bulan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Lucu tak bile korang2 jumpe balik ex bf or ex gf korang lepas dah break? Keadaan tu jauh sangat bezanya tak macam mase korang bercinta dulu, yela, mase bercinta, kalau boleh nak berkepit je macam belangkas. Sebagai contoh jela, takde la semua couple yang suke berkepit kan? terutama yang long distance relationship. Yang short lainla, hari2 nak jumpe, nak date. Macam terasa pulak aku ni hahaha. 
Okayy, sekarang imagine, bile korang jumpe ex korang balik, korang mesti segan nak tegur die disebabkan korang dengan die dah takde pape. Takkan korang nak terhegeh-hegeh tegur diekan? Hmm, supposenye takdela macam tu tapi kalau korang lari sekalipun, die akan anggap yang kite ni lemah, die pun rase die dah berjaya buat korang sakit hati atau sewaktu dengannya. Tapi, bagi aku la, aku taknak jumpe ex aku lagi, mahupun bercakap. Bukan sebab aku segan tapi sebab aku nak jaga hati aku. Aku taknak kisah antara aku dengan die diingat balik. Tup2, hati aku jadi sakit dan pedih balik. Jadi, lebih baik aku tak jumpe dengan die lagi. Tapi kadang2 bende yang kite cube nak elak tu laa yang akan terjadi. 
Nak dijadikan cerita, last week aku dengan semua student hotel, tourism yang ambik service mgt subjek kene attend talk kat DSI (Dewan Sri Impian) kat kampus Shah Alam plak tu. Dahla dewan tu dekat dengan  fakulti then dekat plak dengan kitchen, tempat die selalu ajar student masak2 macam aku dulu. Haishhh, mane aku tak gelabah. Tapi aku buat tak tahu je, dalam hati aku berharap aku takkan jumpe die, takkan terserempak dengan die langsung. Bukan kerana benci, tapi disebabkan aku nak jaga hati aku. Aku rase cukup-cukuplah selama ni aku banyak bersabar, aku telan sakit ni sorang2, hati aku pun dah beransur baik, so aku taknakla tambahkan lagi sakit dalam hati ni. Maaf Msyk !
Sebenarnya mase aku lalu kat kawasan kitchen tu, aku ade jenguk ke kitchen atau dining tapi die takde. Aku tak tahu ape yang aku harapkan sedangkan aku taknak jumpe die lagi. Oke, dah habis talk, kwn2 aku ajak aku pegi Cafe Oren, kat situla cafe yang selalu die lepak bile dah habis kelas. Mane aku tak gelabah. Tapi die takde. Yang ade time tu, kawan2 die yang mmg rapat dengan die jugak. Mungkin Tuhan taknak aku jumpe die time tu. Hmm, aku tarik nafas lega tapi sebenarnya dalam hati aku masih dok main teka-teki mane die pegi. Pelikkan aku? Hmmm. 
Sebelum pegi talk tu lagi, aku dgn kawan2 mmg dah plan nak buat esaimen utk Cost Control, so lepas makan, kitorang decide solat dulu kat fakulti sebab dah masuk waktu. Jalan ke surau tu sebenarnya laluan ke kitchen jugak, plus bilik pensyarah. Aku tercari-cari kot ternampak die walaupun dalam hati aku taknak jumpe die...Mase nak keluar dari fakulti, once again kitorang memang terpaksa lalu depan Cafe Oren tu. Sampai je depan2 cafe tu, tetibe aku seolah-olah terpandanga someone yang aku kenal, aku nampak Dr Salleh, supervisor die dulu then bile aku pandang lagi sekali....... Ya Allah ! Dia ade kat situ.. Memang aku terkejut sangat time tu. Ya Allah, akhirnya Kau temukan aku dengan die lepas dah 6 bulan kitorang break.... Perasaan aku bercampur mase tu. Aku tak tahu ape yang aku rase time tu. Yang aku tahu, bile mata aku terpandang muka die, hati aku rase berdebar mcm jatuh cinta pandang pertama. Tapi, at the same time hati aku sakit, rase nak menangis, nak menjerit. Aku cepat2 naik tangga dan cakap kat kawan2 yang aku nak balik cepat. Aku rase mase tu aku tak berpijak kat tanah pun. Fikiran aku melayang-layang walaupun mulut aku bercakap. Entahlaa, susah nak cakap. Sesungguhnya hanya Allah saje yang tahu ape yang aku rase. Hati aku sayu mungkin sebab aku rindukan die. Dah lame sangat aku teringin nak jumpe die since aku practical dulu tapi baru hari tu niat aku kesampaian. Terkilan. Sayu. Bercampur Baur. Keliru. Ape yang aku nak buat lagi? 
Ya Allah, Engkau berikanlah ku kekuatan luaran dan dalaman untuk terus menghadapi dugaan yang akan mendatang. Kukuhkanlah hatiku, tetapkanlah hatiku pada dirimu Ya ALLAH. PadaMu aku bermohon, sekiranya die bukan tercipta untukku, Engkau jauhkanlah aku darinya agar aku dapat menjaga hatiku dari terluka lagi, jika die benar2 tercipta untukku, Engkau dekatkanlah hatiku dengan hatinya agar kasih sayang antara kami akan bertaut kembali. Sesungguhnya Engkau Maha Menentukan yang terbaik buat diriku dan dirinya. Ameen Ya Rabbal Alamin.....
Betulla orang cakap, ' It's sound funny whenever the person u loved before become the person who never u know at all. Then, u pretend like you never notice him ' Very Bad, right? =.=' 

* Kalaulah kau tahu ape yang ingin aku luahkan bile mata kita bertentangan? Aku harap kau takkan tahu tapi mampu ke aku berselindung lagi dengan perasaan sebenar aku? *

No comments:

Post a Comment