Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 3 December 2011

Terima Kasih 21 Tahun.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur pada kudrat Ilahi kerana aku diberikan peluang untuk bernafas dan menjalani kehidupan sebagai seorang yang bergelar khalifah di atas muka bumi Allah yang luas ini. 21 tahun, aku masih bernafas, 21 tahun, aku masih hidup. 21 tahun, aku masih mampu melihat wajah kedua insan tercinta, ibu dan bapa ku. 21 tahun, aku masih mampu merasakan kasih sayang dan cinta mereka berdua. 21 tahun, aku masih merasakan hangatnya matahari, terangnya bulan, bersinarnya bintang-bintang dan indahnya pelangi. 21 tahun, aku masih mampu dapat merasakan manis, pahit kehidupan. Syukur. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Terima Kasih Ma. Terima Kasih kerana Ma mengandungkan Aya selama 8 bulan, membesarkanku dengan susuanmu, dengan jagaanmu, dengan kasih sayangmu yang tidak berbelah bahagi sehingga saat ni. Terima Kasih Abah. Terima Kasih Abah kerana menjadi ayah yang terbaik buatku. Membesarkanku, memberiku peluang merasa hasil dari titik peluhmu, mengerahkan segala tenagamu demi mencari sesuap nasi buatku. Demi menyaraku. Demi memberi peluang untukku menjadi anak yang bertuah, yang memberiku peluang mendapat pendidikan di sekolah, di universiti dan sehingga aku berjaya nanti. Terima Kasih Semua. Terima Kasih Allah. Terima Kasih buat yang menyayangiku, yang menyakitiku, yang pernah mencintaiku, yang pernah membenciku. Kalian semua la yang membuatkan aku makin kuat dan semakin tabah dan terus menjadi Si Gadis Tabah. Terima Kasih.

Terima Kasih. 23 November.



No comments:

Post a Comment