Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 9 January 2012

Terlalu Penat & Penat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Penat. Terlalu Penat. Itu je yang mampu saya cakap sekarang ni. Bukan merungut. Tapi sekadar menzahirkan beban yang ditanggung ni. Bukan beban sebenarnya. Tapi cabaran dan dugaan sebagai seorang pelajar. Bukan pelajar sekolah lagi. Tapi pelajar Universiti. Penat tu memang penat. Tambah2 sekarang tengah final exam. Hari ni baru lega sikit sebab ade jugak masa nak rest, pagi tadi dah lepas paper final yang ketiga. Memang rase nak menangis, nak menjerit jerit je dalam dewan tadi sebab tension yang teramat sangat ! Jujur, saya tak dapat soalan2 final tadi dengan baik. I am doing my best but I still felt dissappointed. Bukan saya sorang tapi kawan2 yang lain pun masing2 tunjukkan muka ayam berak kapur je. Mane tak frust, kami buat latihan sama2, semua soalan past year kami jawab, cepat faham pe semua tapi bile tengok final exam paper tadi, memang kecewa dan terkejut yang teramat sangat. Boleh kira kot berape markah je yang kami boleh dapat. Haiyaaaaaaaa. Argghhhhh !!!! 
Ade gak housemate yang menangis sebab tak leh jawab. Sedih dan kecewa. Itu je perasaan kami sekarang. Tapi bende dah lepas. Kalau nak kesalkan pun, takde gune. Betul tak? Mak pesan 'bende dah lepas, takyah la ingat lagi. Mungkin usaha Aya setakat tu. Yang penting, Aya dah buat sedaya upaya atas usaha aya sendiri. Sekarang, berserah dan tawakal pada Allah..' 
Betul tu Ma. Berhenti berharap. Itu lebih baik. Saya pun ade gak kecewa tapi saya redha, pasrah dengan ape yang saya jawab tadi. InsyaAllah kalau rezeki bersama saya, saya akan dapat keputusan baik dan setimpal dengan usaha saya sendiri. Dan kepada kawan2 saya jugak, terima kasih. Saya doakan kite semua dapat result2 yang gempak2 untuk sem ni dan seterusnya tau ! Ameeeen~
Hmmmm. Ngantukla pulak. Saya stop cni dulu yee. Mata dah penat sangat ni. Nanti bile dah free, saya updatekan lagi oke? ;D


* nak hibernasi atau tidur - AA :) *


No comments:

Post a Comment