Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 25 July 2012

Tiada Duka Yang Abadi

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Ramadhan yang mulia datang lagi. Mohon padaNya agar Ramadhan kali ini lebih dirahmati dan diberkati Allah S.WT. dan agar setiap urusan dipermudahkanNya. Ameeeen. Hari ni dah masuk 5 Ramadhan dan masih lagi berpeluang mergerjakan salah satu dari Rukun Islam ni. Alhamdulillah. Banyak amalan amalan sunat yang dapat kita buat sepanjang bulan Ramadhan ni kerana Allah akan melipatgandakan pahala buat kita. Amatlah rugi jika kita meninggalkan amalan amalan tersebut kerana kita belum tahu samaada kita akan bertemu Ramadhan lagi atau tak pada tahun yang akan datang kan. 

Entri ni bukan nak bercakap tentang Ramadhan je tapi teringin nak berkongsi berita gembira yang saya dapat semalam. Yes, again. Tentang seseorang yang pernah ada dalam hati saya dan pernah menyayangi saya. Tapi itu hanyalah sejarah, terbuku rapi pada halaman lepas ye. Agak terkejut bile dengar berita ni, mula mula housemate tanye, 'betul ke Mr S nak kawen?'. Saya terus tanye dengan muka terkejut dan tanye sekali lagi. Die ckp ade invitation kat FB. Owh, mmgla saya takkan tahu sebab saya tak add die di akaun FB yang baru. Akaun lame adela tapi dah lame deactivate dan takkan activekan lagi. Bukan sebab sesiapa cume lebih selesa kalau tak ramai friend list. Akaun baru pun add dan approve kawan2 yang betul2 kenal je. Bile dah tahu tu, macam2 terlintas kat kepala otak ni. Tak tau nak rase ape. Nak hepi? Nak sedih? Entah. Saya cume mampu ucapkan Alhamdulillah bile tahu berita tu. Saya bersyukur sebab akhirnya dia dah dapat jodoh yang baik buat dia dan saya sentiasakan doakan kebahagiaan dia dan isteri. Doa saya untuk tengok dia kawin dan bahagia termakbul akhirnya. Syukur. 

Kawan2 ade tanye saya whether saya sedih ke tak. Cubela kerat jari saya kalau saya tak rase pape even sedih sekalipun. Ye, sedih sedikit tapi tak bermakna saya kecewa, berduka seperti dulu. Tidaklah terbawa-bawa. Malah saya amat gembira dengan berita baik tu. Takkan saya nak meraung2 kan? Saya sedih bukan kerana dia akan jadi milik orang lain cume sedih mengingatkan janji2 dia pada saya dulu. Kadang2 terlintas la. Yela, semua ni kerja Allah kan. Kita ni hanya mampu merancang tapi yang menentukan semuanya hanyalah Yang Di Atas :) Luka dan duka di hati kian terubat dari hari ke hari dan saya bersyukur di atas kekuatan yang Dia bagi pada saya selama ni. Dengan kekuatan yang saya dapat selama ni, saya mampu tersenyum bahagia melihat orang yang pernah saya sayang bahagia dengan orang yang disayanginya. Terima Kasih Allah :')

Sedarilah yang duka tu takkan abadi, ia datang sementara untuk menguji keimanan dan ketabahan kita sebagai salah satu makhlukNya. SubhanaALLAH :)

* Selamat Pengantin Baru buat bakal pengantin, En Syaquif Yasin Kamaruddin dan isteri. Semoga jodoh kalian berkekalan ke akhir hayat. Ameen. :) InshaAllah saya datang hihihi *


1 comment:

  1. assalamualaikum...
    ..bangga dengan kamu sis.. jgn risau.. perempuan yg baik hanya untuk lelaki yang baik.. insyaAllah akan terbuka jgn untuk kamu nnt..akak doakan yang terbaik utk adik...

    ReplyDelete