Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 3 May 2012

Pulang sudah


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dah selamat balik ke Puncak ni lepas dah cuti midsem seminggu. Kalau boleh nak je sambung cuti lagi. Tamak tak? Tak kot sebab nak balik kg je pun bukan nak pegi mane hihihi *ayat cover* . Hmmm, balik ni pun sbb hari Rabu ade test, kalau takde test, mmg takkan balik, sbb nak sambung cuti sampai minggu depan. Yela, khamis mmg takde kelas, dtg semata-mata utk hari Rabu. Huhuhu. Cuti hari tu mmg dok umah je,mengisi masa lapang dgn family katekan, makan, tido, pastu jalan2 balik kg pe semua, tak tahula keje leh siap ke tak. Esaimen bukan main byk tp agak kemalasan nak buat je. Biasela bile dok umah, mmg tak berjalan keje tuh.
Bile difikirkan balik, nak je rase keje part time kat Puncak ni tp tak tahu nak keje kat mane. Sempat ke, ade mase ke. Memandangkan keadaan kewangan yang tidak begitu mengizinkan sekarang ni, I think I should working utk survive. Now, I can’t fully depend on my parents. Kenela berdikari lebih sikit. Sabar jela, mungkin ni dugaan buat kami sekeluarga yg memang kene tempuh jugak. Demi Ma Abah, demi belajar, demi masa depan sendiri, kenela tabah dalam ape jua cabaran dan dugaan hidup nih. Tetibe rase nak sgt cepatkan mase supaya cpt habis belajar, dpt keje, dpt tanggung Ma Abah. Taknak susahkan diorang lagi.Niat untuk sambung Master tetap ade dalam hati ni. InshaAllah akan saya usaha utk dapat Master jugak nt. InshaAllah Ameeeeen. For now, belajar rajin-rajin, concentrate more, make sure cita-cita tercapai dan matlamat jangka pendek sekarang ialah bregraduasi dengan pangkat kepujian kelas pertama. Ya Allah, bantulah hamba, cekalkan hati dan semangat hamba Ya Allah. Semoga apa yang dihajati akan tercapai. Ameeen. :D
Buat adik-adik yang masih lagi belajar di sekolah rendah ke menengah ke, belajar la rajin-rajin. Ingat jasa Ma dan Ayah masing2. Jangan terlalu leka dengan dunia sekarang. Fikirla pasal belajar je dulu k. Jangan menyesal di kemudian hari. Nasihat ni jugaklah saya bagi pd adik2 saya dan semoga semuanya dapat dimanfaatkan.
Wassalam.



No comments:

Post a Comment