Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 18 November 2011

Kisah 3 bulan tamat sudah~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Mula-mula sekali aku nak panjatkan kesyukuran pada Allah s.w.t kerana akhirnya aku dapat jugak memulakan dan meakhirkan episod sebagai seorang pelajar praktikal (trainee) selama 3 bulan 3 hari di salah satu travel agency kat Ampang. Selama 3 bulan berjauhan dengan keluarga dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dan pelatih, syukur Alhamdulillah. Segala manis pahit aku rasakan sepanjang memegang tugas ni. Nak kata pahit tu takdelahh, in fact I was really happy working with all the staffs and also the GM (boss). Everything makes me feel so awesome and I really appreciate it J
Pengalaman adalah guru yang terbaik bagi kita. Bagi aku, terlalu banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang bertugas kat situ. Dari awal-awal masuk, dengan tak tahu pape, bile dah lame2, there were many things I learnt there. Pengalaman tu lah yang akan diingati sampai bile2 dan manfaatkannya di masa yang akan datangg. InsyaALLAH.
Bile dah lame sangat stay kat situ, ramai kawan-kawan baru yang aku dapat dan ramai orang yang aku dapat kenal. Terutama staff2 dan senior kat situ. Diorangg semua sportinggg sangat2 ! Walaupun kadang2 mereka akan jadi tegas dengan aku, I take it as a learning process. Yelahh, bile kite dah buat silap, tak salahkan orang lain betulkan kesilapan kite. We learn from mistake. If we never did mistake, that means we never did something right?
Actually, 2,3 minggu sebelum aku nak habiskan praktikal tu, aku dah rase berat hati nak tinggalkan tempat tuhh. Hmmm kadang2 rase excited sangat nak balik kampungg tapi bile fikirkan the other side, ‘alaaa, aku akan tinggalkan tempat ni, nanti aku dah tak jumpe diorangg ni semua’..Hati tetiba sebak. Betul kata salah seorang senior aku (Syikin) ‘Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan’…Yess, it was totally right..People comes and go in our life. The memories will be washed out by the time. So, take it easy jelaa. Nak taknak, aku kenela terima kan?
Aku sebenarnya seorang yang susah nak terima perpisahan. Aku akan cepat terasa bile bab2 berpisah ni. Kalau berpisah dengan kawan2 pun mcm ni, macamne dengan ex bf aku before ni hmm? Boleh agaklaa kan.. Tapi inilah hakikatnya yang aku kene terima, Allah yang menemukan dan Allah jugak yang memisahkan..
Last but not least, aku nak ucapkan berjuta-juta terima kasih mulanya pada orang penting yang luluskan permohonan aku untuk masuk ke company tu : General Manager a.k.a Boss (Haji Ahmed Shukri), kemudian, Supervisor aku a.k.a Senior (Cik Rafidah Ismail-Kak Fida juga merangkap Housemate aku), tapi yang paling banyak berjasa pada aku, yang banyak ajar aku macam2 (Cik FashaWahida Alizal- Kak Fasha, Cik Nur Ashikin- Shikin) dan tak lupe pada Akauntan syarikat ( En Zaini-Abg Zaini) Abang Mukhalis, Syed Noor dan takkan pernah dilupakan pada Arwah Abang Ghafur L..Last sekali mestilah kat Ain yang banyak tolong aku selama kat situ. She is really kind-hearted person. Baik sangat2!! Dia tak pernah menolak untuk tolong aku..Terima kasih Ain ! Leha sayanggg Ain tauu ! :’) Terima kasih semua diatas jasa-jasa dan tunjuk ajar selama ni. Leha sayanggggggg sangat kat semua tau!!! Aku bersyukur sangat dapat berpraktikal kat situ. Rezekiku bertambah murah syukur Alhamdulillah..Kenangan2 sepanjang di situ akan sentiasa ku kenang sampai bile2…
Semoga Allah akan pertemukan kite semua lagi di hari yang akan datang..Dengan Izin ALLAH…
Wallahuaklam.


* Al-Fatihah buat Arwah Abang Ghafur (sepupu Zed Zaidi/staff Ash Har) Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Ameen~ *

No comments:

Post a Comment