Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 16 March 2012

Happy Anniversary to Ma & Abah ! :D

Bismillahirrahim.

Alhamdulillah.15th Mac adalah ulangtahun perkahwinan Ma & Abah yang ke 22 tahun dimana sebaya dengan umurku jugak hehe. Ma & Abah dijodohkan pada 22tahun yang lalu dan di saat mereka ingin di akadnikah tu lah juga kali pertama mereka bersua muka. Unikkan? Certain orang dah kenal bakal suami lagi awal dari tu tp Ma ckp itu 1st time Ma tengok Abah. I did asked my Mom, macamne kalau mase tu Abah cacat, buta or  anything else? Ma cakap Ma terima siapa pun suami Ma mase tu dan Ma redha dan ikhlas terima Abah. So sweet they are! Hehehe. U can see right? Tak semestinya bercinta sebelum kawin tu akan diakhiri dengan ikatan perkahwinan dan tak semestinya bercinta lepas kawin tu tak boleh bahagia. Berkat kasih sayang antara Ma Abah, mereka dikurniakan 4 cahayamata, 2 lelaki dan 2 perempuan. Sekarang, semuanya dah besar2. Pada tahun yang sama, saya dilahirkan apabila cukup 8 bulan Ma mengandungkan saya. Bermakna saya lahir tak cukup bulan hehe. Tapi alhamdulillah, sihat dan sempurna sifatnya sampai sekarang. Syukur :)

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Engkau telah menghadiahkan ku sepasang suami isteri, sepasang ibu dan bapa buatku yang benar-benar bermakna dalam hidupku. Tanpa mereka, tiadalah diriku, Solihah Nawawi yang lahir dari rahimmu, Ma. Terima Kasih kerana melahirkanku, menjagaku, mendidikku sehingga sekarang. Terima juga pada Abah yang banyak mengerah tenaga demi mencari sesuap nasi buat anakmu ini. Terima Kasih buat segala-galanya. Akhir kata dan doa dari Aya, semoga ikatan kasih sayang dan cinta antara Ma & Abah diberkati sentiasa dan berkekalan ke akhir hayat Ma & Abah. Semoga ikatan ini membawa kalian berdua bahagia di syurga kelak. Ameeeen Ya Rabbal Alameeen. :D

 
* Ya Allah, kasihanilah kedua ibubapaku seperti mana mereka mengasihaniku sejak dari kecil sehingga sekarang. Ameeen. Oke. dah rindu Ma & Abah :'(  *

No comments:

Post a Comment