Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, 3 December 2011

Kerana Dendam.

Bismillahirrahmanirrahim.

Setelah umur aku mencecah 21 tahun 3 hari, aku sekeluarga diduga lagi. Dugaan yang diberikan terlalu berat untuk ditempuh. Terlalu pahit. Terlalu sakit. Pedih rasanya. Kerana dendam, manusia sanggup mensyirikkan Allah, manusia sanggup mengkhianati dan menyeksa sesama umat. Nauzubillah.

Kenapa dugaan ni sakit sangat Ya Allah? Pedih, sakit, perit hatiku bila aku tengok die meraung kesakitan dek syaitan durjana. Aku nampak keperitan dan kesakitan dalam dirinya. Aku nampak penderitaannya. Hati aku menangis. Airmata terlalu deras mengalir di pipiku. Airmata sakit, pedih dan derita. Kenapa die yang patut rasa sakitnya? Apa salah die? Kenapa manusia kejam? Mana hati perut manusia? Kenapa? Aku nampak die menangis menahan sakit. Aku tahu tangisan tu adalah tangisan yang terlalu berat baginya. Aku ajarnya mengucap kalimah syahadah. Aku memohon die agar tidak lalai padaMu Ya Allah. Aku mohon die sentiasa ingat padaMu Ya Allah.

Aku mohon agar Kau lindungi die, Kau berikanlah kekuatan padanya agar die terus kuat dan tabah menghadapi dugaanMu Ya Allah. Kuatkanlah iman dalam dirinya, pagarilah dirinya dengan iman, dengan kekuasaanMu Ya Allah. Aku mohon. Jagalah die untukku. Aku sayangkan die. Aku tak ingin kehilangannya. Die darah dagingku. Berkongsi darah yang sama. Ibu dan bapa yang sama. Berikanlah kekuatan pada kami untuk terus kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan yang telah Kau berikan. Hanya padaMu Ya Allah, aku memohon. 

Aku tahu, kuasa Allah mengatasi segalanya. Mengatasi segala yang ada di bumi ini. Aku tahu Engkau takkan menduga kami dengan dugaan yang melebihi kemampuan kami untuk menempuhnya. Aku tahu dugaan ini untuk menguji keimanan dan ketakwaan kami semua. Terima Kasih. Aku redha dengan setiap dugaan yang Kau berikan. Syukur Alhamdulillah Engkau sentiasa ada dengan kami. Engkau berikan penyelesaian pada kami. Terima Kasih Allah. Semoga dugaan yang telah Kau berikan ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kami padaMu Ya Allah. Ameeennnn~


* Sedarlah wahai manusia, Allah itu ada. Allah Maha Melihat apa yang kau kerjakan. Hanya Allah yang kekal. Aku berharap kau akan diberikan keinsafan satu hari nanti setelah apa yang kau buat pada keluarga aku. Aku bukan berdendam cume ingin kau tahu, tiada yang kekal dalam dunia ni. Kau mungkin dapat lari dari hukuman dunia tapi belum tentu kau akan terlepas dari hukuman di akhirat sana. Allah yang menciptakan segala yang ada di bumi dan langit. Hanya kuasa Allah yang mampu memusnahkan segala niat jahat syaitan durjana *


No comments:

Post a Comment