Bismillahirrahmanirrahim.
Bak kata orang putih : Every cloud has a silver lining. Alhamdulillah. Selepas apa yang jadi padaku selama ni banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenarnya dan aku dapat memuhasabah diri. Aku banyak mendekatkan diri pada diriNya. Aku banyakkan membaca buku-buku dan juga majalah yang berunsurkan motivasi dan juga keimanan. Walau apa jua isi dan kandungan buku yang terbaik dalam dunia ni takkan pernah menandingi Al-Quran Nul Karim(ayat-ayat Allah S.W.T). Setiap ayat-ayatNya memberikan makna yang tidak ternilai harganya. Dengan membaca Al-Quran, hati kita akan menjadi lebih tenang dan segala kesedihan, kegelisahan kita akan lenyap.
Aku ada membaca salah satu tajuk dalam buku yang terlaris di Malaysia, tak lain tak bukan La Tahzan (Jangan Bersedih) dari Dr ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni. Ia bertajuk SEBAIK-BAIK TEMAN SEJATI ADALAH BUKU (tajuk ke 74 muka surat 254-259).Hayatilah beberapa faedah membaca dan menelaah.
Faedah Membaca Dan Menelaah
☼ Mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan
☼ Menghindarkan seseorang agar tidak tenggelam dalam perkara-perkara yang batil
☼ Menjauhkan kemungkinan seseorang untuk berhubungan dengan orang yang mengganggur dan tidak memiliki aktiviti
☼ Melatih lidah untuk berbicara dengan menjauhkan kesalahan dalam ucapan dan menghiasinya dengan balaghah dan fasahah
☼ Mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani
☼ Meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingatan dan pemahaman
☼ Dapat mengambil faedah dari beberapa orang yang bijak dan fatwa hokum para ulama
☼ Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan memproses pengetahuan, untuk mempelajari bidang-bidang pengetahuan yang berbeza dan penerapannya dalam kehidupan yang nyata
☼ Meningkatkan keimanan khususnya ketika membaca buku-buku karangan kaum muslimin. Sebab buku merupakan pemberi nasihat yang paling agung merupakan pendorong jiwa yang paling besar dan merupakan penyuruh kepada kebaikan yang paling bijaksana.
☼ Membantu fikiran agar lebih tenang membuat hati agar lebih terarah dan memanfaatkan waktu agar tidak terbaring secara percuma.
☼ Dapat mengasah pemahaman kita terhadap makna suatu kala, mencapai pemahaman terhadap material secara utuh, memahami maksud ungkapan tertentu, mencerna dalil dalam kalimat dan mengetahui rahsia-rahsia hikmah
''Buku adalah teman yang tidak akan memujimu secara berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu dan teman yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah teman yang sangat toleran yang tidak akan mengusirmu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu dan dia adalah teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda miliki. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafikan dan tidak akan membuat kebohongan.’’
Wallahuaklam.
No comments:
Post a Comment