Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 9 August 2012

Intersesi. Short Course. Short Sem.

Bismillahirrahmanirrahim..

Aceli, tak tau nak tulis ape kali ni. Saje gedik2 bukak belog, edit sana sini, tukar balik gambar besar ni, sbb mcm tak sesuai je letak gambar tgh senyum yg besar gedabak tu. Macam poyo sgtkan? Korang pun mesti rase camtu kan? Alaa ngaku je. Wahaha. Okayy! Ape eh nak taip? Hmmm. Let me story morry a little bit about my intersession class. ''Ape tu? What the name of tiger? Ape kejadah Intersession..? Susahnye nak sebut! '' This word might be in your mind right now, kan..?? Haa, takpe2. Mase 1st 1st sy dengar dulu pun, bukan tahu sgt pun. Org sebut, cek pun sebut jgklaa. *poyo* :D For some people, ade yg panggil intersessi, ade yg panggil short course, mak sy pulak panggil short sem. Erkkk, too many terms laa. Whatever it is, it brings the same meaning je. Jgn nak gelabah sgt k? :P

Intersesi o short course o short sem ni mcm ni, time semua student lain tgh bercuti sakan lepas hbs satu sem, korang ambik kelas, belaja time cuti la kirenye. Easy right? Haa, biaselaa, dah terOVER rajin namenye..Eheeemmm, like me. *perasan* Takdela, Nauzubillahiminzalik..Takmau takmau berlagak k? Sy ambik pun because of several reasons laa. Nak sy list ke? Its okay, I will. :)

1. Ikut cakap kawan-kawan or majoriti.
Memang dari awal tak tau ape pun, sbb intersesi ni tak semestinya terbuka utk setiap sem. So, sem ni UiTM kampus Puncak & Shah Alam bukak bende ni. Kawan2 ajakkan, so ape lg. Eden ikutkan aje asalkan bende baik. Yela, belaja, it is totally NOT a bad thing pun.

2. Galakan cikgu-cikgu.
Bile keluar pasal intersesi ni, kami terus pi Shah Alam tanye Cikgu. Cikgu UiTM la bukan cikgu sekolah rendah. Kami jumpe Puan Mazlina, our KP. Tanye pendapat die pe semua pasal bende ni haa. Die pun galakkan jugakk sebab katenye tenaga pengajar utk Batch kitorang tak cukup nak ajar 6 kumpulan sem depan. That's y die nak minimizekan group utk sem depan. Kesian kan kami? Cikgu pun tak cukup haa.

3. Bulan Puasa.
Mula2 pk jgk, betul ke nak buat intersesi time bulan puasa ni? Larat ke? Plus, kesian kat Mak mengharap sy balik puasa kat rumah sebulan. Kesian Mak kan :( KP galakkan kami ambik intersesi sbb bulan puasa mcm ni bukan buat ape pun kat rumah, takkan nak keje. So, its better kalau ambik kelas ni, belaja..

4. Masa.
Haaa. Intersesi ni tak macam kelas biasa tau. Kalau yg satu sem, korang akan belaja 5, 6 subjek dalam mase 5, ke 6 bulan. Lame tuh. Tp untuk intersesi, it takes 1 - 2 months only! Untuk kitorang ni, within 3 minggu je dah kene hbskan kelas. Can you imagine that? Plus, I took 2 subjects! Gile ahhhh. Korang imagine laa, kami belaja 4,5 tajuk dalam 1 hari utk 1 subjek. Pastu, 1st week dah ade esaimen, 2nd week dah ade test pe semua. Kejap je kan?

5. Less weight. No! Less burden.
Bahagia laa sy kalau ambik intersesi boleh kurus. Hehehe. Less burden sbb sem depan korang takyah dah ambik byk subjek. Since sy dah ambik 2 subjek utk intersesi, so sem depan sy cume ade 4 subject je. Maybe kurangla sikit beban tension, beban esaimen, and so on. Lgpun, sem depan is my last semester! Yeayyy *lompat* hehe. Haa, sem depan sy ade IS (Independent Study) mcm Research laa. Tu yg sakit sikit. Aii tak sabar nak tension dengan IS ni. *Ehhh* -.-' 

Hmm sy rase tu je kot sbb2 yg buatkan sy nak ambik intersesi ni. Ehh jap2, tp terpaksalaa bodek Ma Abah lebih sikit utk bayar yuran. Igt free ke? Hellloooo! Nothing is FREE kat dunia ni tau. Gali kubur pun kene bayar tau. *Ehhhh* Sorry :)  RM200 utk 1 subjek. That meanssss I should pay for RM400. Byk tu wehh. Tp terpaksa la kan. Nak belaja. Ma Abah pun ikutkan je sbb tahu anak die nak belaja. Alhamdulillah, rezeki sy kan :')

Alhamdulillah, skrg intersesi dah nak habis. Today is the last day for the lectures. Next week tinggal presentation je. Lepas raye, its FINAL EXAM time! Weeehhooo!!! *excited paksa*
A few days after that, kelas untuk part 6 dah start. Cepatkan? Hmmm. Lepas ni kene curik2 mase nak balik rumah..Huhuhu..

Takpela kawan2, I need to stop now. I wanna take my bath then siap2 nak keluar bukak puasa. Hari ni satu rumah nak makan kat luar je. Not in mood to cook2 lerrr. Plus, msg2 busy dgn esaimen tp sempat lg tulis blog kan? Hehehe *senyum sinis*

Chow duluuu.Wait for the next entry k? Thanks for reading! Wassalam :)


Sunday, 5 August 2012

Usah Terlalu Selesa.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allhamdulillah. Entri kali ni bukan untuk menunjuk-nunjuk cume sekadar meluahkan rasa syukur pada Allah.. Saya terus sujud syukur lepas tengok result a few days ago. Syukur sangat2 pada Allah S.W.T di atas kurniaan rezeki yang diberikan tambah2 dalam bulan puasa ni. Tersenyum lebar dan tak mampu untuk berbuat apa2 kecuali bersyukur dan menangis kegembiraan atas kejayaan sendiri. Suppose result keluar 3hb Ogos, malam tu memang ramai yang tunggu awal dari pukul 12.00 am nak tengok result termasuklah saya tapi dalam dok tunggu boleh tetido pulak atas sofa. Last2 tersedar pukul 2 pagi, housemate kejutkan tido dalam bilik. Memang naik terus tido laa, dah tak teringat pasal result tuh. Bangun sahur nak dekat2 pukul 5 pagi tu, dengar suara housemate bercakap kat bawah. Terus turun, rupenye masing2 tengah nebess nak check result masing2. Dengar2 dah pun ade dalam email. Makin takutlaaa, bertambah2 nebess dan speed jantung nih. Naik ke bilik terus bukak laptop dengan lafaz Basmalah. Takut wooo! 

Bukak je email, haaa memang ade message dari UiTM. Takut gile nak bukak, tapi terpaksa jugakla kan. Bile bukak, terus terpampang GPA dan CGPA. Diamati dengan debaran, tetibe rase terharu, terkilan, hepi dan syukur. 'Syukur Alhamdulillah' lafaz pertama keluar dari mulut, dan tetibe je airmata keluar. Ya Allah...Sungguh tak disangka...Saya rase belum nak kongsi berape GPA dan CGPA yang saya dapat kali ni tapi ape yang boleh dinyatakan, salah satu dari wishlist sy yang tepi belog ni tercapai. Alhamdulillah :') Saya terus call my mom yang masih mamai lagi hehehe. My mom terkejut kot ade ape2 yang buruk rupenye nak cakap pasal result. Ma dan Abah bagi kata2 tahniah dan dorongan yang amat2 bermakna dan takkan penah saya lupekan sampai bile2. Syukran atas doa, restu dan solat hajat Ma Abah untuk kejayaan anak2. Terima Kasih Allah. Terima Kasih Ma Abah dan semua.. 

Tapi saya tahu banyak lagi kelemahan yang perlu saya baiki dan meningkatkan lagi usaha pada masa akan datangg. Ade lagi satu sem yang terakhir dan saya akan terus belajar, belajar dan usaha sungguh2 supaya dapat maintain ape yang terbaik dan top4 ape yang kurang. InshaAllah.. Ameen mudah mudahan...Saya tetap pegang kata2, 'Usah Terlalu Selesa' dengan apa yang kite dapat sekarang. Ingatlah, nikmat tu Allah yang bagi tapi Dia jugak berhak merampasnya balik. So, memuhasabah diri, jauhkan dari sikap bongkak, sombong dan segalanya sifat2 mazmumah.. InshaAllah, saya akan terus berusaha dan tidaklah sentiasa merasa selesa dengan keadaan sekarang malah sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Ameeen :') 


* Tahniah juga pada kawan2 yang lain di atas result masing2. Bile berada di atas awan, jangan lupe rumput di bumi. Wassalam. *

Alhamdulillah :')


Monday, 30 July 2012

Buat kawan yang dirindui, PIQA.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Hari ni dah masuk 10 Ramadhan. Syukur bagi sesiapa yang dapat mengerjakan Ramadhan dengan sempurnanya...Semoga kite semua diberkati Ilahi hendakNya..Ameeen :)

Okayy, actually entry kali ni nak share pasal bende lain tapi tetibe tergerak hati nak cerita pasal someone yang sangat2 saya sayang, yang paling rapat dengan saya mase study kat UiTM Penang dulu..Secara jujur, saya amat2lah merinduinya sampai sekarang dan nak sangat2 dipertemukan dengan die balik..:'( 

I know she can read this entry because she had gave a comment in my previous entry.Jumpe jugak ko cari aku kan, Piqa :) Kalau die bace entry saya ni, saya harap sgt die akan bace. Ini surat saya untuk die :

'' As Salam. Piqa. Lame kite tak sembang2 kan. Gaduh2. Gelak sama2. Aku rindu nak luah masalah pada kau. Aku rindu nak keluar dengan kau mcm dulu. Aku rindu nak peluk kau macam dulu. Aku rindu nak cerita2 semua bende dengan kau. Aku rindu nak kacau kau tido. Rindu nak marah2 kau, nak dengar lagu2 Faizal Tahir dengan kau sebab aku tahu kau suke giler lagu die kan??. Rindu nak online dengan kau. Aku rindu semuanya pasal kau, kau tahu tak?? Mase aku pegi konvo kawan2 aku hari tu, aku ingat kau ade tapi rupenye kau takde. Aku sedih dan terkilan kau tahu tak..Mane kau? Nape tak cari aku?? Kau tak ingat aku ke? Tak rindu aku? Sampai ati kau kan.....Bile kite boleh jumpe balik eh...Aku dah nak habis study tau tak..Tahun depan aku dah nak hbs degree..Bile nak dtg jumpe aku?? Byk bende aku nak sembang dengan kau, nak tanye kau tau tak....Yang paling sedih...Sejak aku dtg sini, kau je satu2nya kawan aku yang aku belum jumpe tau. Reena, Kak Mila, Kak Ika aku dah jumpe tapi kau je tak, sedangkan kau yang paling rapat dengan aku..Aku sedih weh...Kalau kau bace ape aku tulis ni, aku akan hepi sgt, aku nak kau tahu, mane2 je aku pegi, dengan sape pun aku kawan, kau lah kawan paling aku akan ingat sampai mati, Piqa....InshaAllah, aku selalu berdoa, Tuhan akan temukan kau dengan aku nanti....Aku bersyukur ade kawan mcm kau, kau comel. Kau baik. Kau paham aku. Aku sayang kau, Piqa....Kau balas surat aku ni okayyy, aku tunggu....:') ''

Sincerely, 
Leha...


* PIQA, Am crying because of you right now. *


For you, Saidah Afiqah Binti Ramly


Friday, 27 July 2012

Kenapa ALLAH temukan kite dengan orang yang salah?


Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Ramadhan :) Setiap apa yang berlaku pada kita di dunia ini tidak kira manis atau pahit sekalipun semuanya bersebab dan berhikmah kan. Tapi sebab dan hikmah tu tidaklah datang secara mendadak, mungkin di kemudian hari, hikmah itu akan hadir jua buat setiap umatNya yang diberi dugaan. Itu jugalah yang saya mohon pada Allah. InshaAllah hikmah itu pasti ada :')

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

Wassalam.




Thursday, 26 July 2012

Wednesday, 25 July 2012

Tiada Duka Yang Abadi

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Ramadhan yang mulia datang lagi. Mohon padaNya agar Ramadhan kali ini lebih dirahmati dan diberkati Allah S.WT. dan agar setiap urusan dipermudahkanNya. Ameeeen. Hari ni dah masuk 5 Ramadhan dan masih lagi berpeluang mergerjakan salah satu dari Rukun Islam ni. Alhamdulillah. Banyak amalan amalan sunat yang dapat kita buat sepanjang bulan Ramadhan ni kerana Allah akan melipatgandakan pahala buat kita. Amatlah rugi jika kita meninggalkan amalan amalan tersebut kerana kita belum tahu samaada kita akan bertemu Ramadhan lagi atau tak pada tahun yang akan datang kan. 

Entri ni bukan nak bercakap tentang Ramadhan je tapi teringin nak berkongsi berita gembira yang saya dapat semalam. Yes, again. Tentang seseorang yang pernah ada dalam hati saya dan pernah menyayangi saya. Tapi itu hanyalah sejarah, terbuku rapi pada halaman lepas ye. Agak terkejut bile dengar berita ni, mula mula housemate tanye, 'betul ke Mr S nak kawen?'. Saya terus tanye dengan muka terkejut dan tanye sekali lagi. Die ckp ade invitation kat FB. Owh, mmgla saya takkan tahu sebab saya tak add die di akaun FB yang baru. Akaun lame adela tapi dah lame deactivate dan takkan activekan lagi. Bukan sebab sesiapa cume lebih selesa kalau tak ramai friend list. Akaun baru pun add dan approve kawan2 yang betul2 kenal je. Bile dah tahu tu, macam2 terlintas kat kepala otak ni. Tak tau nak rase ape. Nak hepi? Nak sedih? Entah. Saya cume mampu ucapkan Alhamdulillah bile tahu berita tu. Saya bersyukur sebab akhirnya dia dah dapat jodoh yang baik buat dia dan saya sentiasakan doakan kebahagiaan dia dan isteri. Doa saya untuk tengok dia kawin dan bahagia termakbul akhirnya. Syukur. 

Kawan2 ade tanye saya whether saya sedih ke tak. Cubela kerat jari saya kalau saya tak rase pape even sedih sekalipun. Ye, sedih sedikit tapi tak bermakna saya kecewa, berduka seperti dulu. Tidaklah terbawa-bawa. Malah saya amat gembira dengan berita baik tu. Takkan saya nak meraung2 kan? Saya sedih bukan kerana dia akan jadi milik orang lain cume sedih mengingatkan janji2 dia pada saya dulu. Kadang2 terlintas la. Yela, semua ni kerja Allah kan. Kita ni hanya mampu merancang tapi yang menentukan semuanya hanyalah Yang Di Atas :) Luka dan duka di hati kian terubat dari hari ke hari dan saya bersyukur di atas kekuatan yang Dia bagi pada saya selama ni. Dengan kekuatan yang saya dapat selama ni, saya mampu tersenyum bahagia melihat orang yang pernah saya sayang bahagia dengan orang yang disayanginya. Terima Kasih Allah :')

Sedarilah yang duka tu takkan abadi, ia datang sementara untuk menguji keimanan dan ketabahan kita sebagai salah satu makhlukNya. SubhanaALLAH :)

* Selamat Pengantin Baru buat bakal pengantin, En Syaquif Yasin Kamaruddin dan isteri. Semoga jodoh kalian berkekalan ke akhir hayat. Ameen. :) InshaAllah saya datang hihihi *