Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, 4 May 2012

Warkah Berlagu Pilu.


Padamu ku utuskan kalimah penuh perasaan
Untukku menyatakan apa yang tersirat dihatiku

Dalam tidak kau sedari kau hanya menyintaiku
Sedangku mencuba melangkah pergi dari hidupmu

Kau yang sering membahagiakan dikala ku kesedihan
Tak mungkin dapat ku lupakan

Ku hanya ingin kau mengerti apa yang ku ingini
Cuma harapan yang silam

Lupakanlah semua kenangan yang bisa buat kau bersedih
Sampai di sini saja cinta yang dipertahankan

Adakah ini suratan satu perpisahan
Maafkan andainya hatimu terluka

*terima kasih buat kenangan yang menghadiahkan lagu ni. Kenangan akan tetap jadi kenangan*



Thursday, 3 May 2012

Pulang sudah


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dah selamat balik ke Puncak ni lepas dah cuti midsem seminggu. Kalau boleh nak je sambung cuti lagi. Tamak tak? Tak kot sebab nak balik kg je pun bukan nak pegi mane hihihi *ayat cover* . Hmmm, balik ni pun sbb hari Rabu ade test, kalau takde test, mmg takkan balik, sbb nak sambung cuti sampai minggu depan. Yela, khamis mmg takde kelas, dtg semata-mata utk hari Rabu. Huhuhu. Cuti hari tu mmg dok umah je,mengisi masa lapang dgn family katekan, makan, tido, pastu jalan2 balik kg pe semua, tak tahula keje leh siap ke tak. Esaimen bukan main byk tp agak kemalasan nak buat je. Biasela bile dok umah, mmg tak berjalan keje tuh.
Bile difikirkan balik, nak je rase keje part time kat Puncak ni tp tak tahu nak keje kat mane. Sempat ke, ade mase ke. Memandangkan keadaan kewangan yang tidak begitu mengizinkan sekarang ni, I think I should working utk survive. Now, I can’t fully depend on my parents. Kenela berdikari lebih sikit. Sabar jela, mungkin ni dugaan buat kami sekeluarga yg memang kene tempuh jugak. Demi Ma Abah, demi belajar, demi masa depan sendiri, kenela tabah dalam ape jua cabaran dan dugaan hidup nih. Tetibe rase nak sgt cepatkan mase supaya cpt habis belajar, dpt keje, dpt tanggung Ma Abah. Taknak susahkan diorang lagi.Niat untuk sambung Master tetap ade dalam hati ni. InshaAllah akan saya usaha utk dapat Master jugak nt. InshaAllah Ameeeeen. For now, belajar rajin-rajin, concentrate more, make sure cita-cita tercapai dan matlamat jangka pendek sekarang ialah bregraduasi dengan pangkat kepujian kelas pertama. Ya Allah, bantulah hamba, cekalkan hati dan semangat hamba Ya Allah. Semoga apa yang dihajati akan tercapai. Ameeen. :D
Buat adik-adik yang masih lagi belajar di sekolah rendah ke menengah ke, belajar la rajin-rajin. Ingat jasa Ma dan Ayah masing2. Jangan terlalu leka dengan dunia sekarang. Fikirla pasal belajar je dulu k. Jangan menyesal di kemudian hari. Nasihat ni jugaklah saya bagi pd adik2 saya dan semoga semuanya dapat dimanfaatkan.
Wassalam.



Thursday, 19 April 2012

Balik Kampung.

Yeyyyyyy! Test manual, test online, semua dah setel! Alhamdulillah syukur :) Ape lagi? Balik kampung lah! Tiket bas saya malam nih. Doakan saya selamat sampai oke? Eeeee tak sabarnyee nak jumpe family2 tercinta esok !!!! Ya Allah tak sabarnye :D Adik, maksu pakat dok mesej confirm tak nak balik. Rindu la tuh ! Hihihihi. Okelah, bye semua! 


Wassalam.


* AA temankan saya ke Klang Sentral malam ni. Hihihi. Tenkiu :) *


Wednesday, 18 April 2012

Jasad disini. Hati disana.

Jasad masih bertapak di sini. 
Tapi hati dah melayang ke sana.
 Ke kampung halaman. 
Tempat tumpah darahku. 
Tempat yang penuh dengan kasih sayang.
 Rumahku Syurgaku. 
Rindu.
Hati kat rumah. 
Cepatla esok.
 Nak balik. :(

Sunday, 15 April 2012

Berharap ke?

Kenape ingat die? 
Sebab semalam ke? 
Apa yang dirasa?
 Perlu ke? 
Kenape macam ni?
 Berharap ke? 

*aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap. hingga nanti suatu saat, tak ada cinta ku dapat*

Saturday, 14 April 2012

Almost One Year.

Bismillahirrahmanirrahim.

Nothing special to be story morry here. Two days ago, me together with the other housemates, planned to watch movie at JJ Bukit Raja after 'Majlis Dekan' end. Hmm, kalau ikutkan memang at the 1st time nak sewa kete student UiTM kat Fasa 3 tapi tup2 dah ade kete Eiyra so gune jela. Tong2 minyak je. Semalam, pukul 1 ptg, kami pegi hantar Eiyra, Adira dan Paie kat kampus dulu. Then, memandangkan me and Mieza tak terlibat utk majlis tuh, both if us pegi KFC Seksyen 7 je. Makan2,then buat latihan Financial sementara tunggu kawan2 yang lain habis event tuh. So, mase kami takdela membazir macam tu je. Bile dah habis event, kami pegila ambik kawan2 then terus proceed ke PAS dulu, Eiyra nak servis die punye printer plus die nak cari kot untuk event kami bulan 5 nanti. Me tak beli sebab belum berkemampuan, harga rm49 kot. So better hold dulu, nak beli dengan Ma & Abah je nanti kat Kelantan. Hihihi. Pastu, Eiyra tetibe teringin nak makan ABC kat Seksyen 2, so, we went there. Dah nak Maghrib time tu, cepat2 kami makan sbb nak kejar waktu solat. Mase tengah makan, kawan2 sembang pasal Mr S lagi. Tak tahu mcmne diorang boleh tercakap2 sal die. Wahaha. Tapi mula2 takde rase pape. Tetibe hati rase sebak dan mula teringt2 balik kenangan dulu2. Dah tak tahan sebak, I was crying on that time. Tapi terus cover je. Kalau boleh, memang taknak igt lagi. Past is past right. Hati pompuan cepat sgt sensitif. Automatically akan jatuh jgk airmata tu kalau tahan selama mana pun. I know I am strong. Cukup kuat dan tabah nak hadap bende camni sorang2. Kan? :D *i am proud of myself*

Kawan2 cakap me mungkin rindu die. Ye ke? They know my feelings better from me? That what we called 'Bestfriend' kan? Mungkin Ya. Mungkin Tidak. Entah, keliru. Malas nak layan perasaan mase tu tapi last2 menangis jugakkan. Haishhhh =.=' Kawan2 pun terus bagi idea yang agak 'gila' time tu. Diorang cakap call la die. Ajak die keluar, kami tak kesah. Kami oke je. Lagipun tak salah keluar macam biase. Mula2 rase berat tapi actually I was a little bit nervous and excited. Nervous sebab almost one year tak jumpe, since me practical tahun lepas lagi. Excited sebab me rindu kot. Kot oke? I texted him. Lepas 2 mesej baru reply. Dok depan2 kaunter wayang, baru die reply. Erkkk. So, malas nak taip mesej sbb kawan2 dah nak booking tiket. So, I terus call die. Tanye nak dtg ke tak, then bg suggestion tgk cter ape. At 1st, memang me nak tgok Battleship sgt2, pastu bile tanye die, die ckp die dah tengok. Mase tu yang nak tengok Battleship bertiga je. Mieza dan Adira nak layan Dark Flight. Tapi bile pk balik, elok ke kalau saya tinggalkan die tengok cter hantu tu sorang2? Even dengan Mieza, Adira. Agak pelik kenape nak concernkan sal die lgkan? Lagipun kami keluar atas dasar hubungan yang same seperti kawan2 yang lain. Maybe rase pelik, thats y I took decision, booking ticket utk Dark Flight utk semua orang. Deal! Pastu gtau die. Die text akan dtg pukul 8.30. Oke, sementara tu, me sorang2 tunggu die kat luar surau. Bohong kalau mase tu tak rase pape. But I was just being natural. Yaa, like a student and a teacher. Senangkan? 

Bile dah jumpe, semua sembang2 dengan die. Agak lamela tak sembang mcm dalam kelas dulu. Rindu pulak kenangan dalam kitchen dulu. Seriously. We just make it neutral dan natural. Tak salahkan jadi kawan balik? Dulu, selalu tanamkan dalam otak, dalam hati yang saya takkan kawan balik dengan Mr Ex. Bukan sbb benci atau sakit hati, cume taknak ingat balik kisah2 lame bile kawan balik ni. Of course la bile dah keluar sama2 macam ni even beramai2, I still remember each of minutes we have been spent together. Saya ni manusia je, bukan setiap masa nak berlakon je kan. Soal hati perasaan memang susah nak tipu. Terutama nak tipu diri sendiri. Before jumpe die, I told my mom 1st. Ma cakap sampaikan salam banyak2 kat die. I asked her why. Ma cakap saje je, ape salahnya. Oke, dan saya dah selamat sampaikannya. Hihihi. 

Mase tengok wayang, I have to sit beside him, memandangkan kawan2 sengaja beli tiket untuk kami berdua sebelah menyebelah. Aiiii, geram tapi saya kene berlakon la. Berlakon ke? No, saya memang kuatkan? :D Sepanjang tengok wayang tu, malaslah nak cter panjang. Macam dulu jugak, die tak suke cter hantu, tangan asyik tutup muka je. Saya yang kat sebelah ni cube nak tenangkan die tapi cukuplah sekadar gelak je. Hahahaha. Betul, die tak pernah berubah. Dari sudut pandangan saya, he still the same and never changed. Apepun, let it be secret. Biar saya je tahu. Oke? ;D Habis tengok wayang, saya kirimkan kek untuk Ibu die. Tak tahu nak bagi ape sebab perjumpaan ni memang tak dirancang dari awal, plan last2 minute je. Tapi last2 jadi jugak. Hihihi. 

Die ikut jalan die dan kami ikut jalan kami. Die banyak bagi kata2 nasihat pada kami dan saya tak tahu nak cakap ape sebab saya dah hilang kata2 dan memang tak sukekan perpisahan macam ni. I was afraid that it will happen again and again. Perlu ke pk semua tu ha? Hmmmm. Dari elakkan hati ni terluka balik, lebih baik saya diam dan I just let him go. Ape jua yang saya rase lepas tu, biarlah hanya saya dan kawan2 je yang tahu. Kadang2, kite mudah untuk tersenyum bile di depan orang yang masih atau pernah kite sayang, tapi pada hakikatnya, hati tak semudah tu. Semoga Allah berikan kebahagiaan pada die sepertimana yang die inginkan. I want to see there is someone who can take care of him one day. As a wifey. Saya doa awk bahagia. InshaAllah. :D

Wassalam.



* You can fake your smiles and laughter but you can never fake your tears and feelings *


Thursday, 12 April 2012

You Are The One That Got Away.

Summer after high school when we first met
We made out in your Mustang to Radiohead
And on my 18th Birthday
We got matching tattoos

Used to steal your parents' liquor
And climb to the roof
Talk about our future
Like we had a clue
Never planned that one day
I'd be losing you

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

I was June and you were my Johnny Cash
Never one without the other we made a pact
Sometimes when I miss you
I put those records on

Someone said you had your tattoo removed
Saw you downtown singing the Blues
It's time to face the music
I'm no longer your muse

But in another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

The one that got away

All this money can't buy me a time machine
Can't replace you with a million rings
I should've told you what you meant to me
'Cause now I pay the price

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away
In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away