Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, 4 August 2011

Indahnya Ramadhan.

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.
"Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran."
*hargailah keindahan Ramadhan.

Aku Masih.

Persoalan demi persoalan
Aku tercungap-cungap mencari jawapan
Apakah ianya satu kepastian
Atau ianya satu kekeliruan…?

Kenangan bertamu di ingatan
Tanpa sebarang undangan
Aku kebingungan
Terus mengorak langkah tanpa tujuan

Masa terlalu cepat berjalan
 Tanpa ku sedar aku masih kesakitan
Kesakitan di hati yang engkau tinggalkan
Mampukah engkau hilang dari ingatan…?

Hati berbisik keseorangan
Apa yang hati maksudkan
Aku dimengertikan
Hati ini masih dimiliki kenangan

Aku masih……

*buah tangan Si Gadis Tabah.

Hanya Tuhan Yang Tahu.

Semalam aku duduk sendirian
Mencari mana hilangnya cahaya bulan
Mana perginya bintang yang berkerlipan
Aku bagaikan sesat di dalam awan
Masih mencari tujuan

Semalam aku duduk bersandar angin
Aku mencari kau dalam kenangan
Potretmu menjadi tatapan
Airmata ku berlimpangan
Hati berbisik dan kesunyian
Aku keliru namun masih bertahan

Semalam aku duduk ketika malam masih berjaga
Aku tenang merenung langit yang bercahaya
Diam seribu bahasa
‘Hanya Tuhan yang tahu’ hati berkata
Rindu di hati terus menyala
Aku lemah aku tak berdaya

Semalam aku duduk menatap wajah cinta
Wajah cinta yang masih segar di jiwa
Aku mendongak dagu dan bertanya
Apakah ini akhirnya
Masih wujudkah peluang kedua
Untuk aku dan dia…...?

*buah tangan Si Gadis Tabah.

Kasihkan Mak bawa ke syurga. Kasihkan Abah sepanjang masa.

Bismillahirrahmanirrahim.

Entry kali ni berkisar tentang menu berbuka puasa. Haaaa, jangan sampai tertelan air liur plakk. Nanti tak pasal2 free2 je makruh puasa tu hehe. Takdelaa, gurau je. Alhamdulillah syukur kerana aku masih diberi kesihatan yang baik, kudrat dari Ilahi untuk meneruskan ibadah di bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Memang cabaran dalam bulan Ramadhan ini ade. Dugaan nak bangun sahur semua orang boleh cakapkan. Tapi ingatlah sesungguhNya sahur itu ade keberkatannya. Dari kecik sampai sekarang, mak dan abah aku tak penah pandang ringan tentang sahur ni. Even sampai sekaranggg, aku jauh dari diorangg, mak aku tetap kejutkan aku bangun sahur. Die tetap nak pastikan anak perempuan die ni bangun sahur, dan makan untuk alaskan perut. Sebab die tahu anak die ni cepat kene gastrik. Tak makan nanti sakit perut, makan pedas pun sakit perut. Mak aku sanggup call aku pukul 4.30 pagi tiap2 hari suruh aku bangun sahur.
Yang palingg buat aku terharu seminggu sebelum tibanya Ramadhan, mak aku cakap die nak kirimkan bekalkan makanan untuk aku thru nenek dgn pakngah aku yg nak dtg cni ambik maksu.Bekalan untuk puasa katenye. Aku ingatkan mak aku taknak dtg. Tup tup, adik perempuan aku bagitahu yang mak pun datang sekali, maklumlah nak jumpe anak perempuan die ni. Aku call tanye mak, mak terus cakap 'alaa, baru nak sorok taknak bagitahu aya ma nak gi jugokk'. Aku senyum dan tergelak, rupenye mak nak surprisekan anak die ni hehe. Terharu. Petang tu dlm kul 4 lebih mak aku sampai dengan satu van. Terkejut den. Nenek, pakngah, pakcik, makcik aku kat kampung semua ade termasuk maksu aku yang praktikal kat Ampang ni jugak. Sebelum tu tiap2 jam aku call mak tanye mak kat mane. Mane tak excited wehh mak yang dicintai nak dtg jumpe anak Bile mak gtau die dah nak sampai, aku cepat2 keluar dari ofis nak prepare masak untuk mak dengan semua. Aku ingat nak masak tapi sebab dah macam lambat sangat tambah2 mak cakap mak dah lapa sangat dan penat, aku beli je lauk yang dah masak. Ain (officemate) temankan aku belikan lauk tu. Yang paling buat aku tergelak bile kat Supermarket tu, aku tertinggal kek secret recipe yang aku ambik kat ofis (mintak dulu tau) tertinggal kat tempat cashier. Haha. Punye gelabah aku bile dengar mak dah nak sampai. Ain terus tolong aku ambikkan. Mak sampai je aku terus tunggu tepi jalan, kebetulan plak time tu. Ape lagi dah jumpe mak, hepi tak terkata laa. Aku terus naik van dan tinggalkan Ain. Lagipun Ain yang taknak naik, katenye nak gi ofis je. Terima Kasih Ain. Kat cni die yang banyak tolong aku. Sampai umah, semua dah penat terutama pakcik aku. Terus ambik port nak tido hehe. Mak pulak busy kat dapur nak masak. Aku tak bagi die buat keje. Mintak die rest je. Tapi biasala mak, demi anak die sanggup sediakan makan untuk anak die jugak walaupun penat. Petang tu memang masak yang ringan2 je. Mak aku bekalkan serunding daging, ikan bilis, ikan kering (masin), keropok2, dan beberapa makanan favorite aku. Betapa mulianya kasih seorang mak pada anaknya. Tak ketinggalan jugakk, abah aku kirimkan 5kg beras. Katenye risau anak die tak makan nasi. Aku nak tergelak jugakk tapi syukur Alhamdulillah. Adik perempuan aku pulak kirimkan 'sema' (makanan Kelantan). Die tahu aku memang suke makan makanan tu. Terima Kasih Yam. Makngah aku pulakk kirimkan makanan2 dari kg. Terharu sangat2 dengan semua.. Aya sayang semua. Muahhh berjuta2 kali lahh.
Aku ingat mak nak tido kat umah sewa aku tapi pakcik aku cakap die keje esoknya tu jadi malam tu kene jugakk balik. Waa, sedih gak laa aku time tu. Mak cakap 'takpe, lagipun aya kan dah nak balik.' Pandai mak pujuk ehh hehe. Mase mak nak balik, aku turun bawah hantarkan. Mase aku salam dengan semua orang, aku dah nampak muka mak lain. Bile tibe salam dengan mak, aku nampak mata mak macam nak menangis. Tapi aku cube mengelak dari layan perasaan mak aku. Sebab aku tahu kalau die nampak aku menangis, lagi laa die nangis. Jadi, aku buat2 hepi dan mak pun senyum je walaupun aku tahu isi hati die. Mak mane tak sedih nak tinggalkan anak die kan.Dalam van pun, mak still lambaikan tangan die pada aku. Sedihhh aku dah kene tinggal. Tapi aku hepi sangat hari tu sebab dapat jumpe mak dan ahli2 kuage aku walaupun kejap. Takpe, aku kan Si Gadis Tabah, jadi aku kenela jadi tabah kan. Lagi 2 minggu lebih aku akan balik ke kampung halaman. Ma, abah, adik2,tunggu aya yeee !!
 Hari2 mak pesan, jangan tinggalkan solat walau kat mane aku sekalipun. Rutin harian aku memang aku akan sms mak, kalau bukan aku dulu, mak mesti sms aku dulu. Kalau ade kredit lebih, aku akan call mak untuk lepaskan rindu. Itulah yang membuatkan hubungan kami bukan setakat mak dengan anak tapi juga sebagai kawan, teman dan sahabat. Kalau kami tak bersms even satu hari, aku akan jadi janggal sangat. Bile aku dapat call atau mesej mak, aku jadi lega at least aku tahu die sihat. Aku tak boleh bayangkan macammane hidup aku tanpa mak. Kawan2 yang mane masih ade mak dan ayah, bersyukurlah. Hargailah mereka selagi mereka ade. Cintailah mereka selepas Allah s.w.t dan RasulNya.

Ya Allah..Aku punya satu impian. Impian aku jika aku diberi pilihan, aku nak pergi dulu dari mak aku. Sebab aku tahu kalau aku pergi dulu, mak aku still ade anak2 die yang lain. Tapi kalau die pergi dulu, mana lagi aku nak cari seorang insan yang bernama mak macam mak aku.
Ya Allah, berkatikanlah kedua ibu bapaku. Rahmatilah mereka. Kasihanikanlah mereka sepertimana mereka mengasihani aku sejak kecil. Amin Ya Rabbal Alamin.

*tetiba airmata aku nak menitis bile teringatkan ma dan abah yang jauh di Kelantan. Ma Abah, aya rindu ma dengan abah sangat2 :'(
Stop here. Solat Dhuha.

Wednesday, 3 August 2011

Selamat Beramal di Bulan Ramadhan yang Mulia.

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosaIstighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemahBerbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawatAda hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagiMenurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa:  “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’am.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnyaSiapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (Rujuk At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Wallahuaklam. Selamat Beramal :)

Pergi.

Bismillahirrahmanirrahim.


Cukup-cukuplah.Aku berhenti mengenang kau dalam hidup aku. Aku ingin hidup dalam dunia aku. Tanpa kau. Kau pergilah dari hidup aku. Aku tidak lagi memerlukan kau. Pergilah, jangan masuk lagi dalam hidup aku. Andai kau hadir lagi dalam hidup aku, hanya satu aku pohon agar diberi seribu ketabahan dan keimanan yang teguh dariMU Ya Allah. Aku si gadis tabah tetap menjadi tabah kerana kau.


*kau adalah KESEDIHAN.

Doa Untuk Kekasih.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU
Amin Ya Rabbal Alamin.